Tuesday, 10 March 2015

ELAKKAN DARI MAKAN


Terdapat beberapa jenis lemak tulen yang datang dalam bentuk bentuk tertentu. Antaranya lemak tenusu seperti mentega serta lemak kacang atau sayur-sayuran seperti minyak tulen (minyak zaitun, kacang tanah atau kacang soya). Apa sahaja makanan yang mengandungi lemak-lemak ini pastinya merupakan makanan yang paling menggemukkan. Ketahui senarai makanan berikut yang seharusnya tidak dinikmati sama sekali.

  • STEAK AYAM YANG DIGORENG BERSAMA KUAH KRIM

Ibarat lemak di atas lemak di atas lemak. Sudahlah stik ayam anda digoreng, kemudian lapisan atasnya dituang pula dengan kuah berasaskan krim pekat. Lazat namun berhati-hatilah!

  • STEAK

Daging lembu, seperti semua jenis daging yang lain merangkumi kepingan lemak termasuklah bahagian yang pejal. Sesetengah pakar stik akan menyalut resipi mereka dengan mentega dan lemak daging sebelum dihidangkan, tentunya menambah kelazatan yang menyumbat arteri darah anda.

  • AISKRIM PREMIUM

Aiskrim premium atau berjenama terkenal mengandungi udara yang sedikit dan lemak mentega yang tinggi. Sesetengahnya juga kaya dengan lemak mentega tulen untuk memberikan rasa enak dan berkrim.

  • PAI PECAN

Untuk membuat sebiji pai pecan, anda memerlukan mentega yang banyak, diadun dengan sirap jagung dan pecan, lalu dibakar sehingga masak. Ia sungguh enak, serta amat menggemukkan.

SUMBER:SINI

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *