Monday, 16 March 2015

BUANG RACUN DALAM BADAN


1) Jangan Lupa Minum Air Putih
Air putih atau air masak boleh membantu menghilangkan racun di tubuh melalui peluh dan ‘urine’ yang dikeluarkan. Minum lapan gelas air putih dalam sehari dan usahakan juga untuk minum empat gelas setiap kali anda bangun daripada tidur pada pagi hari.

2) Berpeluh Secara Semulajadi
Berpeluh boleh membantu menghilangkan ‘longgokan’ racun pada tubuh dan kulit anda. Anda boleh mengatasinya dengan melakukan senaman kardio seperti berjalan kaki, berlari, berbasikal yang mana boleh membuatkan anda berpeluh secara semulajadi.

3) Secawan Teh Setiap Hari
Ternyata teh merupakan salah satu minuman yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan dalam teh berupaya menghalang serta mencegah pengumpulan radikal bebas yang masuk ke tubuh melalui udara yang kita sedut.

4) Lobak Merah
Lobak merah adalah sejenis sayuran yang sangat baik untuk menjaga kesihatan mata, kerana kandungan vitamin A yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, lobak merah juga berperanan besar sebagai media pembersih daripada tumpukan racun yang ada di dalam tubuh seperti racun pada organ usus besar dan hati anda.

5) Kurangi Pengambilan Gula Setiap Hari
Di samping dapat mengundang pelbagai maam penyakit menyerang tubuh, gula juga memainkan peranan besar sebagai salah satu makanan yang dapat meracuni tubuh anda seperti mengundang penyakit kanser, diabetes mahupun jantung.

6) Khasiat Buah Anggur
Buah anggur terutama anggur hijau ternyata sangat efektif menghilangkan racun di dalam tubuh anda. Selain itu, anggur juga mengandungi ‘resveratol’ yang dapat menangkis kanser kulit daripada sinaran matahari yang membakar.

7) Makanlah Buah Betik
Buah betik dikatakan sangat efektif sebagai pelindung tubuh daripada pelbagai radikal bebas yang tercampur daripada udara yang kita hirup. Jadi, buah ini tentunya sangat efeketif untuk mencegah penggumpulan racun di dalam tubuh.

8) Makanan Berserat
Untuk menghilangkan racun secara semulajadi dari dalam tubuh anda anda kenalah rajin mengambil makanan berserat. Ia akan membantu membersihkan sistem dan menghilangkan zat kimia berbahaya atau zat kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Makanan kaya serat seperti sayuran hijau, gandum dan nasi sebaiknya dimasukan dalam diet setiap hari.

9) Jus Lidah Buaya
Lidah buaya mempunyai banyak manfaat. Bukan sekadar boleh mencantikkan serta menyuburkan rambut anda. Malahan, salah satu fungsinya adalah mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Lidah buaya memiliki zat antioksidan yang membantu menghilangkan zat-zat kimia beracun dalam tubuh kita.

Cuba minum segelas jus lidah buaya pada setiap pagi dan petang. Pengambilan minuman ini secara teratur akan membantu anda mengeluarkan racun daripada sistem organ tubuh.

10) Lemon Suam Yang Dicampur Madu
Salah satu cara yang paling kerap dipraktik untuk menghilangkan racun dari dalam tubuh adalah dengan minum air suam yang telah dicampur lemon dan madu pada setiap pagi. Caranya sangat senang, anda cuma perlu sediakan segelas air suam, tambahkan satu sudu madu dan perah beberapa titis lemon ke dalamnya. Campurkan dan minum. Lakukan pada setiap pagi, sebelum anda mengambil makanan lain. - wom.my

SUMBER:SINI

                                                     ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ
Jika anda mengalami masalah diabetis,obesiti,hypertensi,dan sewaktu dengannya.. Jom cubai dan rasai #gctea! Ramai yang berjaya dengan #gctea.Dengan izin Allah. whatsapp:0193105470(ina)
                                                     ஐ ஐஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ

ANDA GEMUK AIR?

Apabila diet kita dipenuhi dengan makanan yang tinggi dengan garam, garam tersebut akan masuk ke dalam saluran dan sistem badan kita. Cara garam tersebut keluar? Adalah melalui perkumuhan samada melalui peluh atau air kencing. Namun begitu, garam lebih efektif dibuang melalui peluh berbanding air kencing.

Kebanyakan orang yang gemuk air biasanya kurang bersenam dan terlalu banyak makan makanan tinggi garam contohnya junk food, fast food, jeruk, fries, makanan ditin, kicap dll.

Bila garam tidak dibuang daripada dalam badan, ianya akan mendap dalam sel badan kita. Ini menyebabkan kondisi hyptonik dalam sel badan kita yang mana air akan ditarik masuk ke dalam sel badan supaya concentration dalam sel badan kembali normal. Inilah sebenarnya gemuk air.

Jadi, apakah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah gemuk air ini?

Untuk mengatasinya, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan sendiri. 
 
ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ 
 
Jika anda mengalami masalah diabetis,obesiti,hypertensi,dan sewaktu dengannya.. Jom cuba dan rasai #gctea! Ramai yang berjaya dengan #gctea.Dengan izin Allah. whatsapp:0193105470(ina) 
 
ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ

FAKTOR MEMPENGARUHI KEPERLUAN KALORI ANDA

●Saiz tubuh dan komposisinya

Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot yang anda miliki semakin tinggi kadar asas metabolik.

●Usia

Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara semula jadi seiring usia. Ia mengurangkan keperluan kalori anda.

●Jantina

Lelaki selalunya tidak banyak mempunyai lemak berbanding wanita. Mereka juga lebih banyak otot dibandingkan wanita seusia dan sama beratnya. Disebabkan itu lelaki memiliki lebih tinggi kadar asas metabolik dan membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.
Tip Kurangkan Kalori

    ¤Kemampuan anda untuk mengubah asas metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan kekerapan bersenam dan melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak kalori.

    ¤Senaman aerobik yang kerap seperti berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik membakar kalori. Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu mengurangkan kehilangan otot disebabkan penuaan. Ini kerana tisu otot membakar lebih banyak kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun senaman aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan sebenarnya boleh juga membantu membakar kalori.

    ¤Setiap hari luangkan beberapa ketika untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti berkebun, membasuh kereta, mengemas rumah juga membantu membakar kalori dan menyumbangkan kepada penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga dan berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.

   ¤ Jangan ambil makanan tambahan (supplement) untuk membantu membakar kalori. Biasanya produk yang mendakwa boleh mempercepatkan metabolisma ada kesan jangka panjang yang bahaya pada kesihatan.

   ¤ Baca label setiap produk begini dengan berhati-hati dan dapatkan pendapat pakar jika anda memang mahu memilih produk sebegini

Sunday, 15 March 2015

MAKAN UTK CANTIK DAN CERGAS


Apakah makanan yang anda ambil untuk sarapan pagi ini? Mungkin roti canai atau nasi lemak serta teh tarik. Apa saja makanan yang anda pilih, pengetahuan mengenai makanan dan pemakanan amat penting jika matlamat anda ialah cantik dan cergas.

Sesetengah orang tidak mempedulikan jenis makanan yang diambil setiap hari hingga menghadapi masalah kesihatan serta menjejaskan ketrampilan diri. Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk mengubah tabiat pemakanan anda. Pengetahuan mengenai makanan serta khasiat yang terkandung dalamnya boleh membantu anda secara beransur-ansur menjadi lebih sihat dan pada masa sama, ceria dan cergas.

Protein

Kekurangan protein boleh menjejaskan ketrampilan diri kerana menyebabkan rambut bermasalah, kuku mudah pecah dan kulit cepat kendur. Protein penting untuk melawan penyakit kerana antibodi dibuat dari bahan ini. Kekurangan protein menyebabkan tubuh mudah mendapat penyakit dan akhirnya perawakan kurang menarik dan kecergasan menurun.

Selain itu, protein menarik cecair dari tisu dan kekurangan bahan ini menyebabkan muka kelihatan sembab seperti yang biasa berlaku membabitkan perempuan mengandung dan orang tua. Di Barat, kekurangan protein menyebabkan bentuk kaki seperti batang pisang. Protein juga diperlukan kerana membuatkan manusia gembira dan tenang. Sumber protein meliputi pelbagai kekacang dan haiwan.
Asid Lemak Perlu

Asid ini diperlukan untuk membuat sel tubuh. Kekurangan akan menyebabkan rambut tidak berkilat dan kulit kering serta kemandulan. Oleh kerana tubuh tidak boleh membuat asid ini, sumber utama asid ini adalah dari minyak sayur-sayuran. Orang yang berdiet untuk menurunkan berat badan boleh membahayakan diri jika tidak mengambil langsung minyak bagi suatu tempoh yang lama.

Antara sumber terbaik ialah minyak ikan yang baik untuk jantung, otak dan mata, tetapi minyak ikan tidak stabil. Minyak sawit lebih stabil kerana tidak banyak ikatan tidak tepu dan boleh digunakan berulang kali.
Pilihan lain ialah mengambil minyak ikan dalam bentuk pil, tetapi orang selalu memikirkan minyak ikan adalah dari ikan iklim sederhana. Pandangan ini tidak betul kerana ikan tempatan seperti patin dan keli mempunyai kualiti setanding.
Bahan Lain

Karbohidrat tidak begitu diperlukan untuk kecantikan, manakala serat penting untuk usus dan membuang toksik dari badan.
Komponen Mikro

Semua jenis vitamin diperlukan sel badan, tetapi ada beberapa jenis vitamin yang mempunyai hubungan erat terhadap kecantikan dan kecergasan.
Vitamin A

Antara simptom kekurangan vitamin ini ialah sel kulit mati dengan cepat menyebabkan kulit tidak cantik kerana bertompok dan berbintik. Bahagian bawah kulit mempunyai selaput lendir dan kekurangan vitamin ini menyebabkan selaput ini mati dengan cepat dan kuman pantas membiak. Kesannya mudah menghidap penyakit berkaitan kulit seperti jerawat dan bisul. Penyakit berkaitan saluran pernafasan seperti sakit tekak dan selesema juga mudah diperolehi.

Bagi mengatasi masalah ini, pengambilan vitamin A yang sumbernya adalah haiwan seperti daging, hati, telur, susu dan minyak ikan adalah penting. Vitamin ini berfungsi sebagai antioksidan, malah antara teori untuk merawat jerawat ialah mengambil vitamin A dengan banyak hingga hampir mencapai tahap toksik.
Vitamin C

Berfungsi untuk membuat gam antara sel. Kehadiran vitamin ini memberikan kekenyalan dan memutihkan kulit. Vitamin ini adalah antara ramuan krim kosmestik pemutih kulit, tetapi vitamin ini diubah suai kerana sifat semula jadinya tidak stabil.
Vitamin E

Vitamin ini dan rakannya, C, adalah untuk mengekalkan keremajaan. Sumber vitamin ini adalah dari minyak sayur-sayuran, daging dan kekacang. Kita tidak perlu banyak, tetapi lebih banyak lebih baik kerana setakat ini belum ada kes toksik membabitkan vitamin ini. Kajian mendapati, vitamin ini baik untuk mencegah banyak penyakit, termasuk jantung dan kanser.
Vitamin B

Vitamin ini adalah untuk kecergasan serta baik untuk mereka yang hidup dalam tekanan yang memerlukan banyak tenaga. Sumber vitamin ini adalah dari haiwan seperti daging dan kekacang, tetapi sifat vitamin B yang tidak stabil, iaitu rosak apabila dimasak terlalu lama serta larut air menyebabkan vitamin ini hilang begitu saja. Sehubungan itu, cara masakan penting dan antara cara mengekalkan vitamin ini ialah dengan daging yang dipotong selepas dibasuh terus disimpan dalam peti ais dan apabila hendak dimasak, terus dimasukkan dalam periuk.
Kekacang seperti kacang tanah dan dal direndam terlebih dulu antara tiga jam hingga semalaman kerana kekacang yang bertindak balas seperti hendak bercambah akan meningkatkan paras vitamin ini.
Mineral

Kalsium

Mineral ini mudah diperolehi dari tumbuhan atau susu. Di Barat, ibu bapa memberikan susu kepada anak untuk meningkatkan ketinggian anak-anak. Susu asli lebih baik, tetapi susu tepung sekarang semakin berkualiti dan boleh diambil sebagai sumber kalsium. Sumber lain adalah dari tulang dan sirip ikan yang boleh digoreng rangup.

Zat Besi

Kekurangan mineral ini menyebabkan seseorang itu kelihatan pucat dan lesu. Zat besi bertugas untuk membuat sel darah merah dan kekurangannya menyebabkan menyebabkan penerimaan oksigen menurun. Wanita yang kehilangan banyak darah ketika haid jika tidak cukup makan daging akan kelihatan pucat, letih dan cepat marah

Friday, 13 March 2015

MINUMAN UTK DIABETIS-MURAH


1. Air putih

Para pakar menyarankan agar minum 180 hingga 300 militer air atau lapan gelas air putih setiap hari bagi wanita dan sedikit lebih banyak bagi para lelaki

2. Susu

"Susu rendah lemak atau tanpa lemak merupakan minuman terbaik orang dengan diabetes," kata Brown-Riggs ahli gizi. Selengkapnya Susu Untuk Gula Darah via health.ckompas.com.
Sebuah kajian yang melibatkan 322 orang untuk menurunkan berat badan dan beberapa orang pesakit diabetes, bahkan sebahagian menderita sakit jantung. Ternyata saat para pesakit itu minum susu dengan kuantiti yang banyak 360 mililiter, berat badan mereka turun 2.3 kilogram. Bahkan penurunan berat badan itu tak terjadi oleh peminum pengambilan susu terendah dengan kuantiti setengah gelas per hari.


 
3.Teh hijau

Sebuah kajian di China mendapatkan fakta bahawa teh hitam mempunyai tahap polisakrida yang dapat melambatkan penyerapan gula dalam aliran darah. Sementara dari kajian di Jerman, minum secangkir teh per hari ternyata dapat mengurangkan risiko peningkatan diabetes sebanyak enam belas peratus. Kajian-kajian tersebut meembolehkan pesakit diabetes minum teh.Empat hingga lima cawan teh per hari juga halal bagi kebanyakan orang, tetapi anda harus tetap waspada kandungan kafein yang juga terdapat di dalamnya. Sebab itu boleh membuat anda terjaga di malam hari. Selengkapnya Teh Untuk Gula Darah via helath.kompas.com.


                                              ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ

 Jika anda mengalami masalah diabetis,obesiti,hypertensi,dan sewaktu dengannya.. Jom cubai dan rasai #gctea! Ramai yang berjaya dengan #gctea.Dengan izin Allah. whatsapp:0193105470(ina)

                                               ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ

AKIBAT MINUM AIR SEJUK

1. Mengganggu pencernaan
Minum air ais atau air sejuk mampu membuat saluran darah anda menyusut. Hal itu tentunya akan memberi kesan buruk bagi kesihatan. Proses pencernaan makanan akan terganggu dan nutrisi yang terkandung dalam makanan tidak diserap oleh badan.
2. Merompak nutrisi
Suhu badan normal manusia adalah 37 darjah Celsius, ketika minum air sejuk, badan perlu mengeluarkan tenaga lebih besar untuk menetapkan suhu. Padahal tenaga tersebut sangat diperlukan untuk mencerna makanan dan menyerap nutrisi. Dengan begitu, tenaga yang sudah habis tak mampu menyerap nutrisi secara maksimum dan berkesudahan pada kekurangan pemakanan.
3. Sakit tekak
Minum air sejuk boleh menyebabkan penumpukan mukosa pernafasan, yang merupakan lapisan pelindung pada saluran pernafasan. Ketika lapisan itu padat, saluran pernafasan menjadi terdedah kepada pelbagai jangkitan dan sakit tekak.
4. Melemahkan degupan jantung
Sebuah kajian mendedahkan bahawa minum air ais boleh merangsang saraf vagus. Ini adalah saraf kranial ke 10 dan merupakan bahagian penting dari sistem saraf autonomi badan yang mengawal aktiviti tak sedar badan seperti degupan jantung. Air sejuk boleh merangsang saraf yang menyebabkan denyut jantung lemah.

ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ
 
 Jika anda mengalami masalah diabetis,obesiti,hypertensi,dan sewaktu dengannya.. Jom cubai dan rasai #gctea! Ramai yang berjaya dengan #gctea.Dengan izin Allah. whatsapp:0193105470(ina) ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ

Thursday, 12 March 2015

GULA MANIS TAPI ..

Gula merupakan sejenis karbohidrat yang wujud secara semula jadi di dalam buah-buahan atau sayur-sayuran. Ia terhasil sebagai produk utama proses fotosintesis, iaitu suatu proses transformasi tumbuhan daripada gula kepada makanan. Jumlah gula yang tertinggi ditemui dalam tebu dan bit gula, sebelum diasingkan untuk diproses secara komersial. Di seluruh dunia, gula hadir dalam pelbagai rupa seperti yang paling popular iaitu gula pasir dan gula perang.

GULA PASIR
Terdapat pelbagai jenis butiran gula pasir di pasaran. Jenis-jenis gula pasir ini pula berbeza mengikut saiz kristalnya yang unik serta spesifik untuk tujuan tertentu. Di antara jenis-jenis yang popular ialah gula kaster, gula aising, gula pasir kasar, gula pasir halus, gula putih, kiub gula atau gula batu serta gula buah. Gula pasir yang berwarna putih merupakan jenis gula terpopular di kalangan pengguna. Saiz butirannya yang kecil membolehkan ia mudah disimpan dan sesuai untuk pelbagai jenis sajian.

GULA PERANG
Gula perang digunakan secara meluas dalam pembuatan manisan dan penambah perisa teh atau kopi. Ia diperoleh menerusi permukaan sirap pekat yang mencetuskan perisa manis yang menawan. Gula perang pekat mempunyai warna yang lebih gelap dan rasa yang lebih manis berbanding gula perang biasa. Manakala gula perang biasa pula lazim digunakan untuk membuat kek atau roti, butterscotch sebagai perisa dan glis manisan.

GULA MERAH
Juga dikenali sebagai gula kabung atau gula Melaka, gula merah merupakan sejenis gula terawal digunakan oleh masyarakat sebelum gula pasir ditemui di negara China pada abad ke-19. Ia mempunyai manfaat kesihatan yang jauh lebih hebat, selain memiliki rasa manis yang lebih eksotik. Gula merah dikatakan baik untuk menyejukkan perut, mendapatkan tidur yang nyenyak, mempunyai kalori yang lebih rendah, mengandungi zat besi serta banyak lagi.


Walaupun pengambilan gula tidak elok diambil secara berlebihan, pakar-pakar pemakanan tidak menggalakkan anda untuk menukarnya dengan bahan pengganti kalori lain atau pemanis tiruan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang menjalani program penurunan berat badan, gula seharusnya diambil dalam kuantiti yang terkawal.
 
 
 sumber:sini
 
ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ
 
 Jika anda mengalami masalah diabetis,obesiti,hypertensi,dan sewaktu dengannya.. Jom cuba dan rasai #gctea! Ramai yang berjaya dengan #gctea.Dengan izin Allah. Whatsapp:0193105470(ina) ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ

JOGGING

Apakah aktiviti anda hujung minggu nie?Mari lah isi kan masa itu dengan berjogging!kasi peluh2..kejutkan lemak2 dalam badan tu.Inilah aktiviti yang menyihatkan dari cume duduk di rumah sahaja!Apa manfaat nya berjogging nie??

· MENINGKATKAN KADAR METABOLISME BADAN

· MERANGSANG STAMINA DAN MEMBANTU MENGAWAL PERNAFASAN

· MENGUATKAN OTOT DAN TULANG

· MEMBERI TIDUR YANG LENA

· MENGURANGKAN TEKANAN

Sebelum dan selepas jogging,kene ikuti saranan ini dahulu:-
 



WARM-UP

Pastikan anda melakukan sesi pemanasan badan terlebih dahulu sebelum berjoging. Ia penting bagi mengelak kekejangan otot dan kecederaan, menyesuaikan kadar denyutan jantung dan menguatkan daya ketahanan badan. Sesi pemanasan badan ini merangkumi senaman ringan dan gerakan aerobik yang ringkas.


PEMAKANAN

Elakkan berjoging selepas makan. Keadaan ini akan menimbulkan rasa kurang selesa kerana anda sedang kekenyangan. Sebaiknya tunggu 2 jam selepas makan jika anda berhasrat untuk berjoging.


JANGAN MEMAKSA

Jika sebelum ini anda jarang melakukan senaman termasuk joging, pastikan anda tidak terlalu mencuba melengkapkan senaman tersebut. Berjoging selama 10 minit bagi yang sudah lama tidak berjoging sudah memadai buat permulaan. Tingkatkan masa berjoging anda dari semasa ke semasa dan tidak mendadak bagi mengelak situasi seperti pitam.
 
ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ
 
 Jika anda mengalami masalah diabetis,obesiti,hypertensi,dan sewaktu dengannya.. Jom cubai dan rasai #gctea! Ramai yang berjaya dengan #gctea.Dengan izin Allah. whatsapp:0193105470(ina) ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ

Wednesday, 11 March 2015

NAK JELITA

 


SALAD ROMAINE

Daun salad ini membekalkan 100% nilai harian vitamin A anda untuk menggiatkan pembaharuan sel. Potasium di dalamnya juga memberi rangsangan nutrien dan oksigen kepada kulit sekaligus melancarkan peredaran darah.


TOMATO

Menikmati makanan berwarna merah juga dapat membuat kulit berwarna kemerah-merahan. Menerusi satu kajian, sukarelawan yang menikmati 5 sudu besar pes tomato yang tinggi lycopene setiap hari selama tiga bulan dapat melindungi kulit sehingga 25% daripada masalah selar matahari. Malah saintis Jerman turut mendapati bahawa antioksidan yang tinggi dalam tomato dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di dahi.


STRAWBERI

Secawan strawberi membekalkan 130% daripada nilai harian vitamin C anda selain menjadi antioksidan yang merangsang penghasilan serat kolagen yang penting untuk kulit anjal dan lembut.



EPAL

Quercetin merupakan sejenis antioksidan yang dapat melindungi kulit daripada sinar UVB penyebab kanser kulit. Jenis epal yang paling tinggi kandungan Quercetin ini ialah Monroe, Cortland dan Golden Delicious. Justeru, pastikan anda menikmati sebiji epal sebelum keluar rumah dan susuli dengan pemakaian losen tabir suria.


SOYA

Dalam satu kajian, garis-garis halus berkurang dan keanjalan kulit meningkat selepas para wanita di penghujung 30an dan awal 40an makan makanan seperti tempe yang mengandungi isoflavin soya.

TELUR

Dua jenis antioksidan di dalam telur dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin boleh melindungi kulit daripada kerosakan UV yang menyebabkan kedutan, tompok gelap serta kanser. Kulit juga terkesan lebih lembut, anjal dan lembap selepas anda menikmati telur.
 
ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ 
 
Jika anda mengalami masalah diabetis,obesiti,hypertensi,dan sewaktu dengannya.. 
Jom cubai dan rasai #gctea! Ramai yang berjaya dengan #gctea.Dengan izin Allah. Whatsapp:0193105470(ina) ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ

LEMON- KHASIAT



Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira 3 sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Buah lemon juga boleh dinikmati melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resepi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik mencuba buah ini, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet, agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade yang segar.

Antara khasiat yang terkandung di dalam buah lemon seperti:
  1. Kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser. 
  2. Membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolestrol baik (HDL) Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati 
  3. Membantu meningkatkan produksi antibody di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma .Anti-karsinogenik di dalam lemon merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. 
  4. Ia turut mencegah kerosakan metabolism dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik 
  5. Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma 
  6. Amat sesuai di minum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea 
  7. Membantu memberikan cahaya keserian wajah
 SUMBER:SINI
ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ 
Jika anda mengalami masalah diabetis,obesiti,hypertensi,dan sewaktu dengannya.. 
Jom cubai dan rasai #gctea! Ramai yang berjaya dengan #gctea.Dengan izin Allah. 
Whatsapp:0193105470(ina) ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ ஐ

Tuesday, 10 March 2015

ELAKKAN DARI MAKAN


Terdapat beberapa jenis lemak tulen yang datang dalam bentuk bentuk tertentu. Antaranya lemak tenusu seperti mentega serta lemak kacang atau sayur-sayuran seperti minyak tulen (minyak zaitun, kacang tanah atau kacang soya). Apa sahaja makanan yang mengandungi lemak-lemak ini pastinya merupakan makanan yang paling menggemukkan. Ketahui senarai makanan berikut yang seharusnya tidak dinikmati sama sekali.

  • STEAK AYAM YANG DIGORENG BERSAMA KUAH KRIM

Ibarat lemak di atas lemak di atas lemak. Sudahlah stik ayam anda digoreng, kemudian lapisan atasnya dituang pula dengan kuah berasaskan krim pekat. Lazat namun berhati-hatilah!

  • STEAK

Daging lembu, seperti semua jenis daging yang lain merangkumi kepingan lemak termasuklah bahagian yang pejal. Sesetengah pakar stik akan menyalut resipi mereka dengan mentega dan lemak daging sebelum dihidangkan, tentunya menambah kelazatan yang menyumbat arteri darah anda.

  • AISKRIM PREMIUM

Aiskrim premium atau berjenama terkenal mengandungi udara yang sedikit dan lemak mentega yang tinggi. Sesetengahnya juga kaya dengan lemak mentega tulen untuk memberikan rasa enak dan berkrim.

  • PAI PECAN

Untuk membuat sebiji pai pecan, anda memerlukan mentega yang banyak, diadun dengan sirap jagung dan pecan, lalu dibakar sehingga masak. Ia sungguh enak, serta amat menggemukkan.

SUMBER:SINI

DIET SODA?BUKAN UNTUK DIET


Ramai wanita lebih memilih minuman berkarbonat jenis rendah kalori atau tidak mempunyai kalori langsung yang dikenali sebagai 'diet soda' konon-kononnya minuman ini tidak menyebabkan mereka gemuk sebaliknya boleh mengekalkan berat badan langsing. Boleh percaya ke?

Di Amerika, minuman seperti 'diet soda' ini popular diambil oleh wanita yang teringin minum air berkarbonat malah doktor sendiri membenarkan pesakit diabetis boleh minum minuman ini. Semuanya kerana kandungan rendah gula dan rendah kalori yang terdapat dalam 'diet soda' berbanding minuman berkarbonat yang lain.

Minuman Coke Cola merupakan minuman berkarbonat pertama yang mengeluarkan minuman diet bergas untuk dipasarkan kepada wanita yang ingin kekal tubuh langsing dan takut gemuk. Namun hari ini, 'diet soda' turut dipasarkan kepada golongan lelaki dan kanak-kanak sebagai salah satu minuman gas yang berkhasiat.

Meskipun minuman ini hanya mengandungi pemanis tiruan seperti aspartame yang rendah kalori malah dikatakan sumber terbaik ketika hidrasi, tetapi minuman 'diet soda' ini tetap mempunyai keburukan.

Untuk pengetahuan anda, minuman ini tidak mempunyai nutrisi dan kebaikan untuk tubuh. Menurut kajian yang dijalankan di Universiti Miami, individu yang minum 'diet soda' dengan lebih kerap berisiko berdepan strok dan serangan jantung. Bukan itu sahaja, ia juga berisiko berdepan sindrom metabolik dan diabetes tahap 2.

Pemanis tiruan yang terkandung dalam 'diet soda' hanyalah mengelirukan kemampuan tubuh menguruskan kalori berdasarkan rasa yang kurang manis. Disebabkan itu, ramai orang cenderung tertipu untuk makan makanan manis dengan kuantiti banyak sehingga berat badan naik.

Hakikatnya, minuman 'diet soda' belum tentu mendatangkan kebaikan buat anda. Minuman yang tinggi kalsium seperti susu dan minuman tinggi vitamin dan serat seperti daripada jus buahan dan sayuran adalah pilihan terbaik buat semua.

Tip untuk anda yang tetap mahu menikmati minuman berkarbonat, anda boleh campurkan jus kesukaan bersama air mineral yang bergas. Untuk menambah kemanisan semula jadi, pilih madu atau estrak stevia yang dikenali sebagai pemanis herba semula jadi. Ini baru rendah kalori!

sumber:SINI

SENAMAN YANG SELAMAT


Garis panduan di bawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan.
1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas.
• Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
• Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit .
3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.
6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:
• Ketidakselesaan
• Sakit
• Pening
7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
• Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
• Petang ( selepas pukul 6 petang )
9. Persekitaran tempat senaman:
• Permukaan yang rata.
• Suhu dan kelembapan udara terkawal.
• Kawasan redup/teduh.
• Tempat yang cukup terang.
10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.
11. Amalkan senaman pernafasan di antara senaman.
12. Jika anda pengidap penyakit Diabetes:
• Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia (paras glukos rendah).
• Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
• Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi:
• Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
14. Jika anda Gemuk:
• Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot
Kemampuan Bersenam
1. Ujian Percakapan:Perlahankan intensiti anda sekiranya anda sesak nafas bila bercakap semasa bersenam.Tingkatkan intensiti anda sekiranya anda masih mampu bergelak semasa bersenam.
2. Kira Sasaran Denyutan Jantung Anda :
220 - umur x 60% Denyutan Jantung
Contoh:Jika umur anda 70 tahun
220 - 70 = 150
150 x 0.60 = 90
150 x 0.90 = 135
• Cuba kekalkan denyutan jantung di antara 90 dan 135 seminit.
• Dapatkan nasihat doktor jika:
1. Denyutan jantung semasa berehat berdekatan atau melebihi sasaran denyutan jantung anda
2. Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh memperlahankan denyutan jantung.
• Untuk mendapatkan denyutan jantung anda. Mempalpat denyutan nadi di pergelangan tangan selari dengan pangkal ibu jari.
• Untuk mengira denyutan jantung anda, mempalpat denyutan nadi selama10 saat. Keputusannya digandakan dengan 6.

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

PENTINGNYA MELATONIN UTK TIDUR

Melatonin adalah bahan kimia semulajadi yang terhasil di dalam otak kita. Apabila waktu malam paras melatonin mula meningkat. Ini membuatkan kita mengantuk dan mampu tidur nyenyak. Pada waktu siang pula paras melatonin merosot menyebabkan kita hilang rasa mengantuk. Kitaran melatonin penting bagi membolehkan tubuh kita kekal dapat  mengimbangi antara aktiviti tidur dan jaga.

Mengikut kajian waktu tidur sekitar lima hingga enam jam adalah ideal. Orang yang mengamalkan waktu tidur sebegini akan hidup lebih lama dan mempunyai kesihatan tubuh sangat baik berbanding mereka yang tidur banyak terutamanya pada siang hari.
Adalah tidak benar manusia memerlukan tidur 10 jam sehari. Jika waktu tidur terlalu panjang sudah tentu kita terpaksa menghabiskan sebahagian besar daripada hayat untuk tidur sahaja. Mereka yang tidur terlalu banyak mungkin mempunyai masalah mendapatkan tidur yang berkualiti. Meskipun mereka tidur dalam tempoh masa yang panjang namun badan tidak memperoleh rehat secukupnya disebabkan oleh kualiti tidur yang kurang baik.

Tidur yang lena menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas

●Tidur untuk tenaga
Tidur yang berkualiti mesti dipandang berat kerana ia membolehkan tubuh badan kita terpelihara. Semasa tidur tubuh mengumpul tenaga. Sel-sel tubuh juga mula mengalami proses pemulihan. Pelbagai zat dan bahan protein akan dirembes oleh tubuh kita pada waktu malam. Di antaranya hormon yang memelihara tubuh. Begitu juga dengan enzim yang bertindak membaiki sel-sel. Bila tidur terganggu, hormon dan enzim yang keluar turut terganggu membuatkan tubuh tidak dapat dipulihkan atau direhatkan secukupnya.
Proses kitaran ini dinamakan circadian rhythm yang bertindak umpama jam biologi dan bekerja secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan. Setiap bahan kimia tubuh kita dirembes oleh kelenjar dalam badan mengikut circadian rhytm.
Kadar  melatonin mempengaruhi tidur seseorang
Melatonin merupakan bahan yang membolehkan kita lena. Kadar melatonin yang rendah menyebabkan seseorang mengambil masa panjang untuk tidur. Keadaan itu menyebabkan seseorang resah dan gelisah. Kadar melatonin yang tinggi dalam darah menimbulkan rasa tenang dan mudah lena.
Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu, (misalnya ke Eropah), paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu.
Tidur boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu REM sleep (Rapid eye movement) dan NREM (Non rapid eye movement).
Semasa fasa REM anak mata bergerak dengan laju ke atas ke bawah. Ini adalah tidur yang nyenyak dan biasanya aktiviti otak sangat aktif sehingga membawa mimpi mimpi yang indah. Fasa NREM pula adalah tidur yang mendatar dan seseorang akan mudah terjaga. Cuba lihat seorang anak kecil atau bayi yang tidur. Dalam fasa REM dia mungkin bangun menangis namun tidur semula dengan nyenyak apabila didodoikan seolah-olah tiada mimpi buruk yang mengganggu. Apabila tidurnya memasuki fasa NREM, dia akan menangis jika didodoi sekali pun. Dalam keadaan itu adalah lebih baik bayi tersebut dibangunkan sahaja kerana dia sudah puas tidur.
Stress mengganggu paras melatonin
Tekanan perasaan yang kuat dan juga stres mampu mengganggu paras melatonin dalam darah dan mengganggu tidur membuatkan seseorang menjadi insomnia. Pengambilan ubat seperti valium tidak boleh diamalkan kerana boleh menyebabkan ketagihan. Disebabkan faktor itu doktor lebih berminat memberikan kaunseling agar pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat-ubatan.
Masalah tidur kerap melanda masyarakat moden dewasa ini. Gangguan paras melatonin yang serious menyebabkan keletihan dan tubuh menjadi lesu kerana proses baik pulih tubuh terganggu. Melatonin boleh ditambah melalui suplemen harian.

Pengidap insomnia mengalami masalah ketidakseimbangan melatonin yang ketara. Golongan ini juga mengalami masalah metabolik seperti kencing manis dan gout. Terdapat juga pengidap insomnia menderita masalah mental seperti schizophrenia dan manic disorder. Keadan ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan transmitter dalam otak dan juga hormon. Selain hormon seperti melatonin otak kita juga boleh bertindak dengan kehadiran dopamine yang memberi signal kepada otak kita. Ketiadaannya membuat kita menjadi letih dan lesu. Penyakit seperti parkinson bersangkut paut dengan transmitter sebegini.

☆Makanan untuk membina melatonin

Cara yang baik menangani masalah insomnia adalah dengan meningkatkan kandungan melatonin dalam badan. Terdapat makanan seperti soya dan buah-buahan jenis beri kaya dengan melatonin. Melatonin boleh dibeli dalam bentuk pil atau krim untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan tubuh badan yang sihat. Paras melatonin dapat ditingkatkan dengan aktiviti senaman, bersukan dan mendengar muzik yang indah. Bagi sesetengah orang paras melatonin meningkat dengan membaca atau berkhayal yang indah-indah. Sebab itu timbulnya teknik-teknik khayalan seperti mengira, membayangkan sesuatu yang indah untuk memulakan proses tidur. Para pengamal hypnosis iaitu satu teknik penguasaan minda turut menyarankan teknik khayalan yang mampu meningkatkan paras melatonin dalam darah kita dan merangsang tidur yang berkualiti.
Satu cara yang baik untuk merangsang tidur adalah menukar cadar baru selain memastikan bilik tidur cantik kemas dan bersih. Pastikan tiada hama pada tilam yang menggigit pada waktu malam membuatkan kulit terasa gatal gatal. Elak minum kopi atau sebarang minuman yang mengandungi banyak kafein serta pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.

Tidur yang berkualiti meningkatkan kesihatan
Seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya akan terasa bahagia dan kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah. Seorang pensyarah yang mencuba krim melatonin memberitahu: ‘‘Sejak menggunakan krim melatonin dan mempraktikkan tidur berkualiti, saya dapati tahap kecergasan meningkat. Semasa berdiskusi dengan teman sejawat yang jauh lebih muda mereka memuji ketepatan dan kepantasan saya menyelesaikan masalah dan membuat analisis. Tahap matematik saya juga meningkat.’’

Kesimpulan
Semakin usia meningkat paras melatonin dalam darah akan merosot kerana kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin mengecut. Jika kita membiarkan perkara ini berlaku maka kualiti tidur akan terjejas dan hormon lain dalam badan juga merosot.
Adalah dicadangkan rawatan menggunakan krim dan juga kapsul melatonin bagi membaiki masalah ini. Krim dan kapsul melatonin membantu pemulihan kelenjar pineal. Ia membuatkan anda tidur nyenyak dan nyaman seperti bayi. Hasilnya anda menjadi lebih muda, otak cergas dan riang semula.

Sumber disunting dari Utusan Malaysia  bertarikh 20 Oktober 2010

Monday, 9 March 2015

ARE U DIABETIS??

Learn the symptoms of diabetes. If you're exhibiting any of the following symptoms, contact your doctor and make an appointment to have your blood glucose levels checked.

Sunday, 8 March 2015

KESAN MINUM KETIKA PERUT KOSONG

Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik.

Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi.

Ia juga baik untuk penyakit antaranya :

•penyakit sakit kepala
•sakit badan
•sistem jantung
•artritis
•degupan jantung yang pantas
•epilepsi
•kegemukan berlebihan
•asma bronkitis
•TB
•meningitis
•buah pinggang dan air kencing
•muntah-muntah
•gastrik
•cirit-birit
•buasir
•kencing manis
•sembelit
•semua penyakit mata
•rahim
•kanser dan gangguan haid
•hidung telinga
•penyakit tekak

Friday, 6 March 2015

HIPOGLISEMIA


  • Hipoglisemia ialah keadaan apabila paras gula dalam darah menjadi rendah dengan bacaan 2.2 – 4.4 mmol/L. Namun begitu, paras gula dalam darah semasa hipoglisemia berbeza mengikut individu.
  • Hipoglisemia boleh terjadi disebabkan tidak mengambil makanan, senaman terlalu lama, mengambil alkohol berlebihan dan insulin berlebihan.
  • Tanda-tanda hipoglisemia adalah seperti berpeluh, menggigil, pening,lapar, denyutan nadi cepat,pandangan kabur, cepat marah.
  • Langkah-langkah penjagaan pemakanan sewaktu hipoglisemia:
    1. Periksa paras gula dalam darah secepat mungkin.
    2. Jika paras gula dalam darah rendah, sila ambil salah satu makanan berikut :
      Jenis makanan Sukatan
      Gula pasir 1 sudu makan
      Madu 2 sudu makan
      Minuman kotak / jus buah yang dimaniskan ½ kotak  (125 ml)
      Gula – gula 3 biji
    3. Periksa semula paras gula dalam darah selepas 15 minit. Jika paras gula dalam darah masih rendah, makan salah satu makanan (mengikut sukatan) di atas. Anda digalakkan mengambil hidangan makanan utama secepat mungkin.
    4. Periksa semula paras gula dalam darah selepas 1 jam.
  • Untuk mengelakkan hipoglisemia, pesakit diabetes perlu mengamalkan waktu makan yang teratur serta pengambilan karbohidrat yang konsisten.

SYOKNYA BANGUN PAGI

Hikmah Bangun Pagi dan Sholat Subuh

1. Kadar gas ozon (O3) dalam udara pagi mencapai titik yang paling tinggi. Kadar ini akan berkurang secara berangsur hingga hilang sama sekali begitu matahari terbit. Gas ini sangat bermanfaat bagi organ-organ saraf karena dapat mengaktifkan kerja otak dan otot tubuh. Karena itu, seseorang akan mencapai puncak keaktifan pikiran dan otot-ototnya di waktu pagi. Saat menghirup udara pagi, seseorang akan merasakan kenikmatan dan kegembiraan yang tidak bisa dibandingkan dengan waktu siang maupun malam.

2. Warna merah pada sinar fajar dapat memengaruhi urat-urat saraf, yakni membangkitkan kesadaran dan gerak saraf. Fajar mengandung sinar ultraviolet yang cukup tinggi sehingg kulit membutuhkan asupan vitamin D yang tinggi pula.

3. Bangun pagi berarti memutus waktu tidur yang lama. Penelitian telah membuktikan bahwa orang yang tidur dalam waktu lama, dan posisi sama, mudah terserang penyakit jantung. Tidur, tidak lain hanyalah diam secara mutlak. Diam dalam waktu lama dapat mengakibatkan terjadinya pengendapan lemak pada dinding arteri koroner. Mungkin inilah salah satu hikmah yang dapat dipetik oleh orang-orang beriman yang bangun tengah malam untuk melaksanakan shalat. Seraya mendekatkan diri ke[ada Allah SWT, mereka terhindar dari penyakit pembuluh darah.

Khusus bagi yang beragama Islam:

Allah SWT berfirman :
“…dan (laksanakan pula shalat) subuh. Sungguh, shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (QS. Al-Isra’ : 78)
Al-Qur’an menganjurkan kepada setiap muslim untuk tidur lebih awal dan bangun sejak fajar.
Di dalam sebuah hadits shahih Rasulullah SAW bersabda :
“Umatku ini diberkati ketika bangun pagi-pagi.” (HR.Ath-Thabrani dalam Al-Ausat)

Di dalam riwayat lain beliau bersabda :
“Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim)

Adapun manfaat dari sisi kesehatan yang dapat diperoleh seseorang jika membiasakan diri bangun pagi adalah sebagai berikut.

Allah SWT berfirman :

“Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri.” (QS Al-Furqan : 64)

Dalam memotifasi kaum muslimin untuk bangun malam dan mengerjakan shalat tahajjud, Allah SWT berfirman :

“Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.” (QS Al Muzzammil : 6)

Sementara itu, hal yang dapat membuat seseorang merasa bersemangat untuk bangun malam dan melaksanakan shalat-shalat sunnah adalah bangun setelah tidur.

Secara ilmiah, kadar hormon kortison dalam darah mencapai tingkat yang paling tinggi di waktu pagi, yakni 7-22 mikrogram / 100 mil plasma. Hormon kortison ini menyuplai energi bagi tubuh.

Dapat disimpulkan bahwa seorang muslim yang komitmen terhadap ajaran Al-Qur’an adalah tipe manusia unggul. Ia bangun pagi sekali dengan penuh semangat, lalu memulai tugasnya saat itu juga. Kemampuan otak, jiwa, dan otot-otot tubuhnya sedang dalam kondisi yang sangat prima sehingga akan berdampak pada hasil produksi. Jika dilakukan secara serentak oleh seluruh umat muslim, tentu hal ini dapat menjadikan masyarakat muslim sebagai masyarakat unggul dibandingkan masyarakat lain.
Dalam sebuah hadits shahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ra, ia mengatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda :

“Setan akan membuat 3 simpul tali pada tengkuk salah seorang diantara kalian saat sedang tidur dimana setiap simpul tali akan membuat ia tidur dalam waktu yang lama. Karena itu, tidurlah. Apabila ia terbangun lalu berdzikir kepada Allah, 1 simpul akan terlepas. Apabila ia berwudhu, 1 simpul lagi akan terlepas. Dan apabila ia mengerjakan shalat, simpul terakhir akan terlepas, sehingga ia akan semangat dan berada dalam kondisi jiwa yang baik. Jika tidak, jiwanya akan menjadi buruk dan bermalas-malasan.”

Tidak perlu bukti ilmiah untuk menunjukkan kebenaran hadits Rasulullah SAW. Cukup dengan membandingkan 2 orang lelaki yang salah satunya bangun pai dan mengerjakan shalat subuh, sedangkan yang satunya lagi tidur hingga matahari terbit. Hasilnya, orang yang mengerjakan shalat subuh merasakan semangat dan ceria sepanjang hari, sedangkan yang tidak shalat merasakan kondisi sebaliknya.
Ya Allah, berilah kami petunjuk kebenaran pada agama kami, dan berilah kesehatan pada badan kami. Wahai Tuhanku, jadikanlah surga sebagai tempat tinggal dan tempat berlindung. Amin Ya Rabb…

Sumber : Ensiklopedia Kemukjizatan Ilmiah dalam Al-Qur’an dan Sunnah

Thursday, 5 March 2015

DIET UNTUK DIABETIS MELITUS-II


Makanan yang boleh dimakan tanpa had adalah seperti berikut :
  • Sayuran berdaun hijau(bayam,sawi,kalian,kangkung), kacang panjang, tomato, timun,parsli dan lain-lain.
 
  • Semua minuman tanpa tambahan gula : teh Cina, air mineral,barli, kopi, teh.
 
  • Rempah ratus dan herba : serbuk cili,serbuk kari,kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia, serai, jintan, lada hitam, asam jawa, kunyit.

DIET UNTUK DIABETIS MELITUS


PANDUAN PENJAGAAN DIET-(Karbohidrat)

                               
Karbohidrat Ringkas
Makanan Yang Perlu Dielakkan
Karbohidrat Kompleks
Makanan Yang Boleh Dimakan Tapi Mesti Dikawal Kuantitinya
Info :
  • Kumpulan makanan ini akan menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak.
Info :
  • Kumpulan makanan ini dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan ke dalam salur darah.
  • Tidak menyebabkan peningkatan paras gula darah secara mendadak.
  • Pengambilan makanan dari kumpulan ini hendaklah diagihkan sepanjang hari dan bukan dimakan sekali gus dengan banyak.
Contoh :
  • Semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula Melaka, gula batu, madu
  • Makanan dan minuman manis: minuman berkarbonat / bergas, kordial, sirap
  • Sapuan: jem, kaya, marmalad
  • Gula-gula, kuih manis, kek, coklat
  • Ais krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis
  • Pencuci mulut: buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar
Contoh :
  1. Bijirin dan hasil bijirin
    • Nasi (beras putih/perang)/Bubur nasi
    • Roti/ ban/biskut/ kuih yang tidak manis/oat
    • Pasta/ makaroni/ spageti
    • Mi / mihun/suun/loh see fun/ kuew teow / laksa
    • Capati / roti canai / tosai/ idli
    • Tepung (atta/beras/gandum)
  2. Sayur-sayuran berkanji
    • Lobak /ubi kentang/ubi keladi/ubi kayu/sukun/jagung/labu merah/kentang putar/sengkuang cina
  3. Kacang dan kekacang
    • Kacang pis/kacang kuda/dal kuning/
    • Kacang hijau/merah/hitam
    • Papadom
    • Kacang panggang
  4. Susu
    • Susu segar/ UHT/susu rendah lemak
    • Susu tepung skim/susu tepung penuh krim/rendah lemak
    • Susu sejat cair(tanpa gula)
    • Yogurt (biasa/ rendah lemak)
  5. Buah-buahan
    • Epal / pir/oren/belimbing/pic
    • Ciku/kiwi/limau
    • Betik/nenas/tembikai/tembikai susu
    • Jambu batu/mangga
    • Pisang
    • Duku/langsat/longan/anggur
    • Prun/kurma/manggis
    • Nangka / cempedak
    • Durian
    • Rambutan/laici
    • Kismis




Wednesday, 4 March 2015

SENAMAN DI PEJABAT

Cara yang terbaik untuk mengekalkan anda sentiasa sihat selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman.



Berikut dikongsi tip senaman mudah yang boleh dilakukan di pejabat:
  1. Gunakan tangga dan kurangkan penggunaan lif atau ketika makan tengah hari amalkan untuk berjalan ke restoran berdekatan pejabat anda.
  2. Ketika duduk, gunakan teknik arm strengthen di mana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas.
  3. Genggam telapak tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi.
  4. Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement di mana masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda, selama tiga hingga empat saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.
  5. Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula.
  6. Malah anda masih lagi boleh melakukan senaman ringkas sebegini ketika menghadiri mesyuarat panjang atau sedang melakukan perbincangan bersama dengan rakan sekerja.
  7. Sehubungan itu, tiada lagi alasan untuk menyatakan anda tiada masa untuk melakukan senaman kerana sibuk dan kerap pulang lewat ke rumah.
  8. Jika pejabat anda mempunyai gimnasium, gunakan peluang ini sebaiknya dan luangkan kira-kira 20 minit untuk melakukan senaman ketika waktu rehat atau sebelum pulang ke rumah. Bagi memastikan anda sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, apa kata ajak rakan sekerja melakukan senaman bersenam
Sumber:SINI

TIPS MELANCARKAN BUANG AIR KECIL

Buah

Mengkonsumsi buah-buahan yang banyak mengandungi air adalah salah satu cara mudah untuk memperlancarkan pembuangan air kecil. Kita bisa memilih buah semangka, melon, jambu air dll sebagai ubat untuk melancarkan buang air kecil. Makanan ini akan bekerja dengan maksimum jika diimbangi dengan konsumsi air putih yang cukup.



Jamu herbal

Beberapa jamu tradisional juga bisa kita andalkan untuk ubat memperlancar buang air kecil. Namun akan lebih baik jika sebelum memutuskan untuk mengkonsumsi ubat-ubatan tradisional, kita berjumpa dulu dengan doktor.

Kafein


Zat kafein juga dipercayai dapat membantu tubuh dalam proses detoksifikasi. Zat kafein ini tidak akan tertimbun dalam tubuh kita karena kafein akan ikut larut dalam air seni (urine). Namun hal ini juga harus diimbangi dengan minum air putih yang cukup.

Tuesday, 3 March 2015

5 Makanan untuk Muda dan Cantik..


Ikuti tip ini untuk tampil muda dan cantik dengan selamat hanya dengan pemakanan di dapur anda sahaja.

Pasti selamat dan yakin!~

Ubi Keledek

Beta-karotena yang menjadikan ubi ini berwarna oren dapat mengimbangkan pH kulit anda, ia juga dapat membantu melawan kekeringan pada kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel yang baru. Ini semua dapat menjadikan kulit menjadi licin dan segar.

Ikan Salmon

Pigmen yang menjadikan daging ikan ini berwarna merah jambu iaitu astaxanthin, dapat melawan radikel bebas yang dihasilkan oleh tubuh yang merosakkan membran sel dan DNA yang menyebabkan kulit menjadi tua. Satu kajian mendapati bahawa makan satu hidangan setiap lima hari boleh mencegah berlakunya ketuat yang kasar pada kulit dan juga dapat mencegah berlakunya kanser.
                                   
Tomato

Pigmen merah buah ini, lycopene, adalah antioksidan yang kuat yang menjadi perisai daripada kerosakan kulit disebabkan oleh matahari daripada luar dan dalam. Untuk menyerap lycopene yang terbaik, makan tomato dengan minyak zaitun.


                                         
                                        
Buah-buahan Citrus

Vitamin C adalah penting untuk kolagen iaitu satu komponen penting dalam kulit untuk kelihatan muda. Kemerosotan kolagen mula berlaku disekitar umur 20-an. Citrus juga mengandungi bioflavonoids, yang melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu mencegah kepada kematian sel.

Sayuran Hijau

Bayam dan sayur-sayuran lain mengandungi lutein, yang melindungi kulit dari keradangan yang disebabkan oleh matahari dan kedutan




sumber:http://www.karangkraf.com/video/5-makanan-untuk-muda-dan-cantik-1.205038

BERITA BAIK-PENGGEMAR COKLAT

MANFAAT CHOCLATE

Coklat susu atau coklat hitam?

Coklat susu (putih) memang enak dimakan berbanding coklat pahit (hitam) malah kajian mendapati coklat susu kini lebih menjadi pilihan. Namun, coklat susu mempunyai kandungan lemak tepu tidak sehat yang tinggi, gula dan kalori – semuanya tidak baik untuk kesehatan – karena ia mengandung susu. (Jika dimakan berlebihan!)Malah, kandungan kokonya yang lebih rendah menyebabkan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam. Sekeping coklat hitam mengandung dua kali ganda antioksidan dan kalori rendah dibanding coklat susu. Dua belas biji koko diperlukan untuk menyediakan satu ons (28.3 gram) coklat hitam berbanding hanya empat biji koko untuk menghasilkan satu ons (28.3 gram) coklat susu. Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandung kalsium. Jadi, coklat yang baik untuk kesehatan yaitu coklat hitam, tanpa kandungan susu.

Manfaat coklat bagi kesehatan :

1. Anti depresi, karena coklat memiliki bahan dasar : Theobromine (600 mg) Yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung. Caffeine (70mg) dapat berfungsi sebagai anti depressant. Serotonine (3mg) Merupakan anti stress neurotransmite. Tyramine (2mg Dari Amino acid

2. Memperbaiki fungsi kerja jantung, dengan kandungan flavonoid didalamnya. Coklat juga mengandung antioksidan, dikenal sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah

3. Meningkatkan fungsi seksual. Berdasarkan penelitian di Milan coklat dapat menaikkan fungsi seksual pada pemakan coklat dari pada yang bukan pemakan coklat.

4. Coklat dapat mengobati batuk. Menurut para ahli zat kimia yang ditemukan dalam coklat lebih baik dalam menyembuhkan batuk dibanding obat batuk. Hal ini didasari pada sebuah senyawa yang disebut theobromine yang dapat mencegah batuk.

5. Coklat melindungi dari kanker. Coklat mengandung tingkat polyphenols yang tinggi, senyawa yang ditemukan dalam makanan yang berasal dari tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu melindungi dari penyakit serius seperti kanker.

6. Coklat melindungi dari stroke. Sebuah penelitian di Universitas California mengungkapkan coklat dapat membantu mencegah pembekuan darah, sesuatu yang dapat membantu pasien terkena stroke. Para peneliti mengatakan coklat memiliki pengaruh yang sama dengan aspirin yang dikenal sebagai antipembekuan darah.

7. Coklat mencegah tekanan darah tinggi. Penelitian baru-baru ini menemukan senyawa yang terdapat dalam coklat dapat mebantu mencegah tekanan darah tinggi karena coklat kaya flavanol, sejenis antioksidan yang dapat melacak dan menghancurkan kimia berbahaya dalam tubuh yang menyebabkan penuan dan berpotensi pada penyakit serius.

8. Coklat kuatkan tenaga batin. Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab.

9. Coklat tidak merangsang pertumbuhan jerawat. penyelidik Fakulti Perubatan Pennsylvania dan US Naval Academy mengatakan mengonsumsi coklat asli tidak menyebabkan jerawat atau memberi apa-apa kesan kepada keadaan kulit. Malah, kebanyakan doktor percaya jerawat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan corak pemakanan. Bagaimanapun, masalah jerawat boleh berlaku jika coklat itu mengandungi susu.

Monday, 2 March 2015

10 TIPS SIHAT -PART2


11. L-karnitina, kompaun menyerupai vitamin menghalang pengumpulan lemak badan dan membantu mengurangkan lemak tanpa kesan sampingan. Ia cara sihat untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat.
12. Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.

13. Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.

14. Apabila keluar membeli-belah, letakkan kenderaan anda sejauh mungkin. Gunakan kesempatan untuk berjalan.

15. Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .

16. Senaman adalah cara terbaik menyingkir toksik secara semula jadi yang sama penting dengan diet yang baik. Tambahkan probiotik, spirulina organik, milk thistle & dandelion ke dalam diet anda untuk kesan pembersihan yang lebih baik.

17. Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang

18. Lakukan aktiviti berkumpulan dengan memilih tempat yang memberi intensiti dan ketahanan lebih tinggi setiap aktiviti bagi meningkatkan stamina seperti Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM). Kumpulan 3-4 orang sesuai untuk mengeratkan hubungan selepas sibuk bekerja. Lakukannya sambil mendengar muzik, mungkin membuatkan anda lebih bersemangat.

19. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.
20. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan

10 TIPS HIDUP SIHAT-PART 1

1. Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.

2. Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.

3. Flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau.

4. Untuk meningkatkan kesihatan seksual, kombinasi horny goat weed dengan damiana, withania, ginseng, gingko, muira puama dan puncture vine boleh diambil sebagai suplemen. Horny goat weed meningkatkan keinginan seks, manakala ginko dan ginseng melegakan keletihan dan stres untuk kesihatan seksual yang lebih baik.

5. Sekiranya anda sudah menopaus, ketahui ketumpatan jisim tulang dengan membuat pemeriksaan status tulang di farmasi. Ketumpatan tulang yang rendah mengakibatkan osteoporosis dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Walau bagaimanapun, masih belum terlewat untuk mengambil kalsium, magnesium, zink, mangan dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang. Gabungkan dengan asid lemak perlu omega-3 dan omega-6 untuk kesan yang lebih baik!

6. Mengalami kesan menopaus? Ambil suplemen yang menggabungkan black cohosh, red clover, dong quai, soya dan sage setiap hari untuk melegakan ketidakselesaan. Untuk keseimbangan hormon dan meringankan sindrom prahaid, ambilah vitex dengan minyak evening primrose setiap hari. Ia mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan!

7. Kajian menunjukkan pengambilan zink membantu mengekalkan kesihatan prostat. Zink mengandungi lebih daripada 300 enzim yang diperlukan untuk membaiki luka dan mengelakkan parut. Pengambilan zink sebanyak 15mg sehari bermanfaat untuk menguatkan akar dan mengelak keguguran rambut. Zink boleh diperolehi daripada daging merah, ayam, tiram, kekacang, bijian, sesetengah makanan laut, bijirin penuh dan makanan bijirin yang diperkaya.

8. Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.

9. Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.

10. Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.

Sunday, 1 March 2015

KADAR DENYUTAN

Bagaimana mengukur kadar denyutan jantung

📍Kadar denyutan jantung boleh diukur dengan merasa arteri radial.
📍Arteri radial terletak di sisi pergelangan tapak tangan, selari dengan pangkal ibu jari.
📍Gunakan jari tengah dan telunjuk, kira degupan pertama sebagai kosong, bila jam randik bermula.
📍Kira denyutan jantung untuk 15 saat, dan darab dengan empat untuk mendapatkan degupan seminit.
📍Pantau kadar degupan jantung dalam masa 5 saat selepas habis senaman.
📍Jika degupan anda di bawah kadar sasaran, teruskan senaman dengan lebih kuat dan kemudian, ambil semula degupan jantung anda.

FAEDAH MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

●Mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoporosis, diabetes, kanser dan obesiti.
●Menjaga sendi-sendi, tendon dan ligamen anjal, supaya memudahkan pergerakan.
●Menguatkan tulang dan otot.
●Membantu kebolehan menjalankan aktiviti harian dan mencegah kejatuhan, sekiranya anda seorang dewasa tua.
●Mengurangkan beberapa kesan penuaan.
●Membantu mengurangkan ketegangan dan kegelisahan.
●Menambahbaikan kesihatan mental dan mood.
●Meningkatkan tenaga dan ketahanan.
●Membantu anda tidur dengan baik
●Mengurangkan berat badan
●Membantu kita mengawal berat badan dan mencegah obesiti

Nah..banyak sekali faedah melakukan aktiviti fizikal..😊😊😊

FAEDAH MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

●Mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoporosis, diabetes, kanser dan obesiti.
●Menjaga sendi-sendi, tendon dan ligamen anjal, supaya memudahkan pergerakan.
●Menguatkan tulang dan otot.
●Membantu kebolehan menjalankan aktiviti harian dan mencegah kejatuhan, sekiranya anda seorang dewasa tua.
●Mengurangkan beberapa kesan penuaan.
●Membantu mengurangkan ketegangan dan kegelisahan.
●Menambahbaikan kesihatan mental dan mood.
●Meningkatkan tenaga dan ketahanan.
●Membantu anda tidur dengan baik
●Mengurangkan berat badan
●Membantu kita mengawal berat badan dan mencegah obesiti

Nah..banyak sekali faedah melakukan aktiviti fizikal..😊😊😊

Friday, 27 February 2015

PANDUAN KEKAL AKTIF


  • Lakukan regangan beberapa minit sebelum dan selepas tidur.
  • Berdiri semasa menjawab panggilan telefon.
  • Lakukan regangan semasa menonton iklan TV.
  • Berjalanlah untuk menukar rancangan TV sebagai ganti alat kawalan jauh.
  • Cuba berjalan cepat semasa menanti temujanji harian anda.
  • Semasa berkebun, gunakan alat-alat yang manual sebagai ganti alat-alat elektrikal.
  • Letak kereta anda jauh dari destinasi atau turun dari bas di perhentian yang lebih jauh dan nikmatilah keseronokan berjalan kaki.
  • Gunakan tangga dengan lebih kerap berbanding menggunakan lift.

KAWAL GULA DALAM MAKANAN


Assalamualaikum wbt

Bagaimanakah Pelan Makan Manis Secara Bijak?

Gula adalah sebahagian daripada karbohidrat dan termasuk di dalam kiraan pelan pemakanan mereka yang mengalami diabetes. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menggantikan sebahagian daripada makanan tinggi nutrien anda disebabkan ia bersifat kalori kosong. Oleh itu, pengambilannya secara sederhana adalah disarankan.

Makan makanan manis dengan kuantiti yang kecil
  • Hanya menggantikan sebahagian makanan berkarbohidrat dalam sajian anda.
  • Pastikan anda membuang sebahagian porsi karbohidrat dalam sajian yang sama.
  • Tukarkan makanan anda yang mengandungi tinggi karbohidrat kepada yang lebih rendah (contohnya: dua senduk nasi goreng kepada sekeping lempeng) dan baki karbohidrat tersebut boleh digunakan untuk  tukar ganti makanan manis.
  • Mulakan Mulakan dengan separuh saiz makanan manis dan separuh lagi digantikan oleh buah-buahan.
Kurangkan lemak dalam sajian lain
  • Pastikan sajian lain dalam pelan pemakanan anda mengandungi  rendah lemak, seandainya makanan manis anda tinggi lemak dan gula.
Simpan keinginan memakan makanan manis semasa majlis sahaja
  • Tips sihat untuk penggemar makanan manis.
  • Fokus makanan seharian kepada yang lebih baik nilai nutriennya.
  • Makan makanan manis bersama dengan sajian lain berbanding dimakan secara tunggal.
  • Kongsi makanan manis anda dengan rakan.
  • Makan perlahan dan nikmati rasanya dengan puas, boleh mengelakkan pengambilan berlebihan.
Ubah suai resipi
  • Pilih makanan rendah atau tanpa lemak, atau boleh menambah jenis lemak yang lebih sihat kepada makanan manis.
  • Pilih makanan manis yang disediakan dengan rendah gula.
  • Boleh menggunakan gantian gula semulajadi atau pemanis tiruan, ia boleh memberi rasa manis dan mengurangkan kalori.
  • Cari kaedah untuk merawat kegemaran kepada makanan manis anda, contohnya minum buahan kisar tanpa gula bersama ais untuk menggantikan ais krim.
SUMBER:SINI

Thursday, 26 February 2015

EXTRA:SIHAT DENGAN UBI KENTANG


Ubi kentang selain membantu diet, ia juga mempunyai manfaat lain buat kesihatan tubuh dan kecantikan kulit anda.

  • Meredakan stress – Kandungan vitamin B6 pada ubi kentang membuat hormon adrenalin bertindak balas pada stress sehingga membuatkan tubuh anda jadi relaks dan lebih tenang.
  • Melawan Penyakit - Selain kandungan vitamin, mineral, serta serat. Ubi kentang juga mengandungi zat ‘karotenoid’, yang sangat bermanfaat bagi kesihatan jantung dan organ organ internal tubuh yang lainnya. Bahkan ia juga membantu mengurangi kanser prostat dan kanser rahim. Kandungan vitamin B yang tinggi memperkecilkan pembentukan tumor serta turut mengurango risiko penyakit gangguan saraf. Cuma bagi anda yang obesiti dan mempunyai penyakit diabetes anda tidak digalakkan memakannya. Ini adalah kerana ubi kentang banyak karbohidrat dan glukosa.
  • Baik Untuk Kesihatan Kulit – Ubi kentang mengandungi vitamin C tinggi dan sangat baik untuk kesihatan kulit. Kandungan B kompleks serta mineral juga bagus untuk kulit. Ubi kentang mentah yang diparut atau dilumatkan dan dicampur dengan madu, boleh berfungsi sebagai masker wajah dan mampu mengurangi pembengkakan serta lingkaran hitam di bawah mata. Membuat jus kentang bagi mengatasi jerawat juga boleh dilakukan sebagai alternatif merawat jerawat.
  • Meningkatkan Fungsi Otak –Kandungan zat besi dan tembaga yang tinggi bagus untuk nutrisi otak. Selain itu, ubi kentang juga mempunyai kandungan penting iaitu B6 dan asid folat yang merupakan salah satu zat penting untuk meningkatkan kecerdasan otak.
  • Tekanan Darah Tinggi – Ubi kentang juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana kandungan vitamin C dan B yang cukup banyak di dalamnya dapat membantu. Namun, elakkan memakan ubi kentang secara berlebhan, terutama bagi anda yang menderita diabetis. Kandungan serat di dalam ubi kentang dapat membantu menurunkan kolesterol dan membantu meningkatkan fungsi insulin yang ada di dalam tubuh.

sumber: SINI

MINUMAN MEMBERI LANGSING


1. Jus Buah Tanpa Gula

Memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang lebih tinggi. Lebih baik diminum dengan seratnya. Jika ingin membeli jus buatan, pilihlah jus yang seratus peratus asli dan kadar gulanya rendah.

2. Jus Sayuran

Sayuran mentah adalah sumber serat dan antioksidan yang baik. Nutrisinya sama sahaja dengan jus buah, namun kalorinya separuh. Serat sayuran berfungsi sebagai ‘fat blocker’ (zat yang menghalang pembentukan lemak).

3. Smoothies Buah

Campur dengan susu cair, tanpa gula atau pemanis lain. Buah kaya vitamin B kompleks, dapat mengolah lemak menjadi energi.

4. Teh Hijau

Memiliki banyak manfaat kesihatan, serta dapat meningkatkan mekanisme pembakaran lemak sehingga 40%. Ekstrak teh hijau dengan antioksidan yang tinggi akan meningkatkan pengaliran oksigen di dalam darah sehingga tubuh akan menjadi lebih sihat.

5. Susu

Kalsium dalam susu krim membantu menghalang gen yang membentuk lemak. Perut akan terasa lebih kenyang sehingga membuatkan anda makan lebih sedikit.

6. Air Putih

Air putih adalah minuman yang paling baik. Ia bebas kalori, lemak dan juga karbohidrat. Air putih tidak akan mempengaruhi berat badan atau kadar gula dalam darah. Sebaliknya boleh melangsingkan badan, disebabkan pembakaran lemak yang berlaku dalam media cecair.

7. Kopi Hitam

Membantu melepaskan lemak dan menjadikannya energi. Tapi hadkan pengambilannya, jangan lebih daripada empat gelas segari.

SUMBER: SINI

CARA KAWAL NAFSU MAKAN


1. Minum air putih dengan lebih banyak

Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.

Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.


                 
2. Bersenam

Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!

3. Jangan lambat bersarapan!

Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting. Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya, anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.

4. Pengambilan protein ketika sarapan

Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.

5. Pengambilan teh

Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.

  
6. Makan dengan teratur

Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.

Read more: SUMBER

Contact Form

Name

Email *

Message *