Ubi kentang selain membantu diet, ia juga mempunyai manfaat lain buat kesihatan tubuh dan kecantikan kulit anda.
- Meredakan stress – Kandungan vitamin B6 pada ubi kentang membuat hormon adrenalin bertindak balas pada stress sehingga membuatkan tubuh anda jadi relaks dan lebih tenang.
- Melawan Penyakit - Selain kandungan vitamin, mineral, serta serat. Ubi kentang juga mengandungi zat ‘karotenoid’, yang sangat bermanfaat bagi kesihatan jantung dan organ organ internal tubuh yang lainnya. Bahkan ia juga membantu mengurangi kanser prostat dan kanser rahim. Kandungan vitamin B yang tinggi memperkecilkan pembentukan tumor serta turut mengurango risiko penyakit gangguan saraf. Cuma bagi anda yang obesiti dan mempunyai penyakit diabetes anda tidak digalakkan memakannya. Ini adalah kerana ubi kentang banyak karbohidrat dan glukosa.
- Baik Untuk Kesihatan Kulit – Ubi kentang mengandungi vitamin C tinggi dan sangat baik untuk kesihatan kulit. Kandungan B kompleks serta mineral juga bagus untuk kulit. Ubi kentang mentah yang diparut atau dilumatkan dan dicampur dengan madu, boleh berfungsi sebagai masker wajah dan mampu mengurangi pembengkakan serta lingkaran hitam di bawah mata. Membuat jus kentang bagi mengatasi jerawat juga boleh dilakukan sebagai alternatif merawat jerawat.
- Meningkatkan Fungsi Otak –Kandungan zat besi dan tembaga yang tinggi bagus untuk nutrisi otak. Selain itu, ubi kentang juga mempunyai kandungan penting iaitu B6 dan asid folat yang merupakan salah satu zat penting untuk meningkatkan kecerdasan otak.
- Tekanan Darah Tinggi – Ubi kentang juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana kandungan vitamin C dan B yang cukup banyak di dalamnya dapat membantu. Namun, elakkan memakan ubi kentang secara berlebhan, terutama bagi anda yang menderita diabetis. Kandungan serat di dalam ubi kentang dapat membantu menurunkan kolesterol dan membantu meningkatkan fungsi insulin yang ada di dalam tubuh.
No comments:
Post a Comment