Wednesday, 25 February 2015

CUACA PANAS

 Assalamualaikum wbt



Cuaca panas sejak akhirakhir ini adakalanya membuatkan kite mudah jatuh sakit sekiranya tidak menjaga kesihatan sebaik2nya.Ikuti sedikit perkongsian untuk rujukan kite semua.

Gejala panas melampau adalah:-
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot-otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
  • Keadaan yang terlalu teruk boleh mneyebabkan dehidrasi ( kekeringan ), kekeliruan dan tidak sedarkan diri atau koma.
Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
  • Minum air berkualiti dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.
  • Pakai pakaian yang longgat dan nipis.
  • Pakai topi atau payung.

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *