1. Minum Teh
Teh mengandungi zat jenis antioksidan iaitu ‘flavonoid’. Ia bagus untuk kecantikan kulit serta berguna untuk memperkuatkan daya ketahanan tubuh dan anti peradangan. Teh hitam atau merah mengandungi L-theanine, iaitu zat yang berguna untuk mengaktifkan otak, sehingga akan membuatkan kita lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Jadi, jangan lupa untuk memilih teh sebagai minuman sampingan untuk dimakan bersama roti atau bubur gandum. Tapi usah minum teh sahaja sebagai pengganti sarapan, sebab ia tidak mencukupi kerana kalorinya sangat sedikit, sehingga tidak memberikan energi yang mencukupi untuk anda beraktiviti.
2. Pisang
Pisang kaya dengan serat, vitamin C dan ‘pottassium’. Kombinasi ketiga-tiga nutrient yang terdapat pada pisang akan membantu mengawal tekanan darah, sehingga emosi kita menjadi lebih stabil dalam menghadapi hari. Selain itu, pisang juga akan menyumbangkan energi dan rasa kenyang yang lebih lama.
No comments:
Post a Comment