1. Tidak cukup tidur
Umumnya orang dewasa harus tidur selama tujuh atau lapan jam sehari. Jika ia kurang,maka ia akan mengakibatkan anda di siang hari mudah lelah dan tidak bersemangat. Cuba hitung berapa jam anda tidur selama sehari?
2. Gangguan Tidur
Gangguan ini berpunca daripada kesulitan bernafas yang berlaku secara kerap.Anda mungkin saja tidak menyedari hal ini. Gangguan tidur ini disebut juga dengan Sleep apnea, akibatnya,oksigen akan berulang kali terhenti sepanjang malam.
3. Dehidrasi
Tubuh mudah letih mungkin saja disebabkan oleh dehidrasi. Walaupun anda bekerja di depan komputer tetap saja berlaku dehidrasi, oleh sebab itu minumlah air yang cukup. Karena tubuh tetap memerlukan air walaupun anda hanya duduk ketika bekerja
4. Kurangnya Oksigen
Kurangnya oksigen ke dalam otak sangat menjadi penyebab anda mudah merasa lelah.Solusinya adalah tetaplah jaga kadar pernafasan anda agar oksigen bisa masuk ke dalam otak.Dengan cara beristirehatlah sejenak, tenangkan fikiran dan ambil nafas dalam-dalam supaya kuantiti oksigen masuk ke otak lancar.
5. Tekanan
Tekanan hidup yang begitu bisa mengganggu setiap aktiviti anda dan boleh membuat tubuh mudah sekali letih. Caranya adalah nikmatilah hidup, jangan pernah menyesali masa lalu serta mensyukuri apa yang anda lakukan saat ini.
6. Kafein Berlebihan
Kafein yang terlalu banyak menimbulkan beberapa masalah-masalah tubuh dan peningkatan denyutan jantung, tekanan darah, dan kejang-kejang. Kafein berlebihan juga dapat meningkatkan kelenjar adrenalin dan pada akhirnya menimbulkan rasa letih dan gelisah.
7/Toksin yang banyak dalam badan
Toksin wujud melalui pemakanan kite.Sekiranya ia tidak dibuang ia akan mengundang pelbagai penyakit.Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.

No comments:
Post a Comment