Ramai wanita lebih memilih minuman berkarbonat jenis rendah kalori atau tidak mempunyai kalori langsung yang dikenali sebagai 'diet soda' konon-kononnya minuman ini tidak menyebabkan mereka gemuk sebaliknya boleh mengekalkan berat badan langsing. Boleh percaya ke?
Di Amerika, minuman seperti 'diet soda' ini popular diambil oleh wanita yang teringin minum air berkarbonat malah doktor sendiri membenarkan pesakit diabetis boleh minum minuman ini. Semuanya kerana kandungan rendah gula dan rendah kalori yang terdapat dalam 'diet soda' berbanding minuman berkarbonat yang lain.
Minuman Coke Cola merupakan minuman berkarbonat pertama yang mengeluarkan minuman diet bergas untuk dipasarkan kepada wanita yang ingin kekal tubuh langsing dan takut gemuk. Namun hari ini, 'diet soda' turut dipasarkan kepada golongan lelaki dan kanak-kanak sebagai salah satu minuman gas yang berkhasiat.
Meskipun minuman ini hanya mengandungi pemanis tiruan seperti aspartame yang rendah kalori malah dikatakan sumber terbaik ketika hidrasi, tetapi minuman 'diet soda' ini tetap mempunyai keburukan.
Untuk pengetahuan anda, minuman ini tidak mempunyai nutrisi dan kebaikan untuk tubuh. Menurut kajian yang dijalankan di Universiti Miami, individu yang minum 'diet soda' dengan lebih kerap berisiko berdepan strok dan serangan jantung. Bukan itu sahaja, ia juga berisiko berdepan sindrom metabolik dan diabetes tahap 2.
Pemanis tiruan yang terkandung dalam 'diet soda' hanyalah mengelirukan kemampuan tubuh menguruskan kalori berdasarkan rasa yang kurang manis. Disebabkan itu, ramai orang cenderung tertipu untuk makan makanan manis dengan kuantiti banyak sehingga berat badan naik.
Hakikatnya, minuman 'diet soda' belum tentu mendatangkan kebaikan buat anda. Minuman yang tinggi kalsium seperti susu dan minuman tinggi vitamin dan serat seperti daripada jus buahan dan sayuran adalah pilihan terbaik buat semua.
Tip untuk anda yang tetap mahu menikmati minuman berkarbonat, anda boleh campurkan jus kesukaan bersama air mineral yang bergas. Untuk menambah kemanisan semula jadi, pilih madu atau estrak stevia yang dikenali sebagai pemanis herba semula jadi. Ini baru rendah kalori!
sumber:SINI
No comments:
Post a Comment