![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhI5xcqoOuOCy9xx9-p87KR3fg6pazNAFOEmvNDIOXVD8aon28gZ1iuhHBKPhYykGTnK-ckPCf3R49HJBEkSFDUYct6_sx1oyeJPWBi1yeW4Gou7l1M30bun1iO43A9_ftRAMj3SLSHybDp/s1600/como_tratar_a_hipoglicemia.jpg)
- Hipoglisemia ialah keadaan apabila paras gula dalam darah menjadi rendah dengan bacaan 2.2 – 4.4 mmol/L. Namun begitu, paras gula dalam darah semasa hipoglisemia berbeza mengikut individu.
- Hipoglisemia boleh terjadi disebabkan tidak mengambil makanan, senaman terlalu lama, mengambil alkohol berlebihan dan insulin berlebihan.
- Tanda-tanda hipoglisemia adalah seperti berpeluh, menggigil, pening,lapar, denyutan nadi cepat,pandangan kabur, cepat marah.
-
Langkah-langkah penjagaan pemakanan sewaktu hipoglisemia:
- Periksa paras gula dalam darah secepat mungkin.
-
Jika paras gula dalam darah rendah, sila ambil salah satu makanan berikut :
Jenis makanan Sukatan Gula pasir 1 sudu makan Madu 2 sudu makan Minuman kotak / jus buah yang dimaniskan ½ kotak (125 ml) Gula – gula 3 biji - Periksa semula paras gula dalam darah selepas 15 minit. Jika paras gula dalam darah masih rendah, makan salah satu makanan (mengikut sukatan) di atas. Anda digalakkan mengambil hidangan makanan utama secepat mungkin.
- Periksa semula paras gula dalam darah selepas 1 jam.
- Untuk mengelakkan hipoglisemia, pesakit diabetes perlu mengamalkan waktu makan yang teratur serta pengambilan karbohidrat yang konsisten.
No comments:
Post a Comment