· MENINGKATKAN KADAR METABOLISME BADAN
· MERANGSANG STAMINA DAN MEMBANTU MENGAWAL PERNAFASAN
· MENGUATKAN OTOT DAN TULANG
· MEMBERI TIDUR YANG LENA
· MENGURANGKAN TEKANAN
Sebelum dan selepas jogging,kene ikuti saranan ini dahulu:-
WARM-UP
Pastikan anda melakukan sesi pemanasan badan terlebih dahulu sebelum berjoging. Ia penting bagi mengelak kekejangan otot dan kecederaan, menyesuaikan kadar denyutan jantung dan menguatkan daya ketahanan badan. Sesi pemanasan badan ini merangkumi senaman ringan dan gerakan aerobik yang ringkas.
PEMAKANAN
Elakkan berjoging selepas makan. Keadaan ini akan menimbulkan rasa kurang selesa kerana anda sedang kekenyangan. Sebaiknya tunggu 2 jam selepas makan jika anda berhasrat untuk berjoging.
JANGAN MEMAKSA
Jika sebelum ini anda jarang melakukan senaman termasuk joging, pastikan anda tidak terlalu mencuba melengkapkan senaman tersebut. Berjoging selama 10 minit bagi yang sudah lama tidak berjoging sudah memadai buat permulaan. Tingkatkan masa berjoging anda dari semasa ke semasa dan tidak mendadak bagi mengelak situasi seperti pitam.
No comments:
Post a Comment