- Lakukan regangan beberapa minit sebelum dan selepas tidur.
- Berdiri semasa menjawab panggilan telefon.
- Lakukan regangan semasa menonton iklan TV.
- Berjalanlah untuk menukar rancangan TV sebagai ganti alat kawalan jauh.
- Cuba berjalan cepat semasa menanti temujanji harian anda.
- Semasa berkebun, gunakan alat-alat yang manual sebagai ganti alat-alat elektrikal.
- Letak kereta anda jauh dari destinasi atau turun dari bas di perhentian yang lebih jauh dan nikmatilah keseronokan berjalan kaki.
- Gunakan tangga dengan lebih kerap berbanding menggunakan lift.
Friday, 27 February 2015
PANDUAN KEKAL AKTIF
KAWAL GULA DALAM MAKANAN
Assalamualaikum wbt
Bagaimanakah Pelan Makan Manis Secara Bijak?
Gula adalah sebahagian daripada karbohidrat dan termasuk di dalam kiraan pelan pemakanan mereka yang mengalami diabetes. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menggantikan sebahagian daripada makanan tinggi nutrien anda disebabkan ia bersifat kalori kosong. Oleh itu, pengambilannya secara sederhana adalah disarankan.
Makan makanan manis dengan kuantiti yang kecil |
|
Kurangkan lemak dalam sajian lain |
|
Simpan keinginan memakan makanan manis semasa majlis sahaja |
|
Ubah suai resipi |
|
Thursday, 26 February 2015
EXTRA:SIHAT DENGAN UBI KENTANG
Ubi kentang selain membantu diet, ia juga mempunyai manfaat lain buat kesihatan tubuh dan kecantikan kulit anda.
- Meredakan stress – Kandungan vitamin B6 pada ubi kentang membuat hormon adrenalin bertindak balas pada stress sehingga membuatkan tubuh anda jadi relaks dan lebih tenang.
- Melawan Penyakit - Selain kandungan vitamin, mineral, serta serat. Ubi kentang juga mengandungi zat ‘karotenoid’, yang sangat bermanfaat bagi kesihatan jantung dan organ organ internal tubuh yang lainnya. Bahkan ia juga membantu mengurangi kanser prostat dan kanser rahim. Kandungan vitamin B yang tinggi memperkecilkan pembentukan tumor serta turut mengurango risiko penyakit gangguan saraf. Cuma bagi anda yang obesiti dan mempunyai penyakit diabetes anda tidak digalakkan memakannya. Ini adalah kerana ubi kentang banyak karbohidrat dan glukosa.
- Baik Untuk Kesihatan Kulit – Ubi kentang mengandungi vitamin C tinggi dan sangat baik untuk kesihatan kulit. Kandungan B kompleks serta mineral juga bagus untuk kulit. Ubi kentang mentah yang diparut atau dilumatkan dan dicampur dengan madu, boleh berfungsi sebagai masker wajah dan mampu mengurangi pembengkakan serta lingkaran hitam di bawah mata. Membuat jus kentang bagi mengatasi jerawat juga boleh dilakukan sebagai alternatif merawat jerawat.
- Meningkatkan Fungsi Otak –Kandungan zat besi dan tembaga yang tinggi bagus untuk nutrisi otak. Selain itu, ubi kentang juga mempunyai kandungan penting iaitu B6 dan asid folat yang merupakan salah satu zat penting untuk meningkatkan kecerdasan otak.
- Tekanan Darah Tinggi – Ubi kentang juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana kandungan vitamin C dan B yang cukup banyak di dalamnya dapat membantu. Namun, elakkan memakan ubi kentang secara berlebhan, terutama bagi anda yang menderita diabetis. Kandungan serat di dalam ubi kentang dapat membantu menurunkan kolesterol dan membantu meningkatkan fungsi insulin yang ada di dalam tubuh.
MINUMAN MEMBERI LANGSING
1. Jus Buah Tanpa Gula
Memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang lebih tinggi. Lebih baik diminum dengan seratnya. Jika ingin membeli jus buatan, pilihlah jus yang seratus peratus asli dan kadar gulanya rendah.
2. Jus Sayuran
Sayuran mentah adalah sumber serat dan antioksidan yang baik. Nutrisinya sama sahaja dengan jus buah, namun kalorinya separuh. Serat sayuran berfungsi sebagai ‘fat blocker’ (zat yang menghalang pembentukan lemak).
3. Smoothies Buah
Campur dengan susu cair, tanpa gula atau pemanis lain. Buah kaya vitamin B kompleks, dapat mengolah lemak menjadi energi.
4. Teh Hijau
Memiliki banyak manfaat kesihatan, serta dapat meningkatkan mekanisme pembakaran lemak sehingga 40%. Ekstrak teh hijau dengan antioksidan yang tinggi akan meningkatkan pengaliran oksigen di dalam darah sehingga tubuh akan menjadi lebih sihat.
5. Susu
Kalsium dalam susu krim membantu menghalang gen yang membentuk lemak. Perut akan terasa lebih kenyang sehingga membuatkan anda makan lebih sedikit.
6. Air Putih
Air putih adalah minuman yang paling baik. Ia bebas kalori, lemak dan juga karbohidrat. Air putih tidak akan mempengaruhi berat badan atau kadar gula dalam darah. Sebaliknya boleh melangsingkan badan, disebabkan pembakaran lemak yang berlaku dalam media cecair.
7. Kopi Hitam
Membantu melepaskan lemak dan menjadikannya energi. Tapi hadkan pengambilannya, jangan lebih daripada empat gelas segari.
CARA KAWAL NAFSU MAKAN
Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.
Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.

2. Bersenam
Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!
3. Jangan lambat bersarapan!
Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting. Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya, anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.
4. Pengambilan protein ketika sarapan
Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.
5. Pengambilan teh
Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.

6. Makan dengan teratur
Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.
Read more: SUMBER
Wednesday, 25 February 2015
STOP MINUM BERDIRI
KAJIAN DARI SUDUT SAINS DAN KESIHATAN
Menurut pakar perubatan, Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkata, makan dan minum secara duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas di mana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan secara tenang.
Kajian perubatan juga menunjukkan di dalam tubuh badan manusia terdapatnya sejenis penapis ‘sfringer’ yang bertindak membuka bukaannya ketika duduk dan tertutup ketika berdiri.
Air yang diminum setiap hari bukanlah 100% ditapis sepenuhnya dan apabila masuk ke dalam tubuh badan, sfringer akan bertindak menapis segala benda asing dalam air sebelum disalurkan ke seluruh tubuh.
Jadi, sekiranya air masuk ketika tubuh berdiri, maka air itu tidak akan ditapis terlebih dahulu kerana sfringer tertutup dan terus dibawa ke kantung kecing yang boleh menyebabkan timbulnya penyakit lain iaitu penyakit batu karang.
Minum secara berdiri juga akan memberikan tekanan penurunan air yang tinggi ke dalam perut dan keadaan itu menyebabkan kondisi perut terkejut.
Malah, air akan jatuh ke lapisan perut dengan keras dan akan melanggar lapisan dinding-dinding perut.
Sekiranya tabiat minum berdiri selalu diamalkan, dinding-dinding perut akan menjadi longgar dan akan menimbulkan penyakit lain iaitu susahnya untuk menghadamkan makanan.
Seorang lagi pakar kajian, Dr. Ibrahim Ar-Rawi juga berpendapat, ketika tubuh berdiri, otot-otot badan akan menjadi tegang dan akan turut memberi tekanan kepada sistem saraf pusat (Central Nervous System) kerana terpaksa berkerja ‘terlampau’ aktif mengawal semua otot untuk melakukan proses pengimbangan badan ketika berdiri.
Keadaan itulah yang akan menyebabkan organ-organ dalam badan tidak dapat berehat seketika selepas berkerja.
Berbeza ketika minum secara duduk, sistem saraf dan otot akan berada di dalam keadaan tenang dan mampu untuk menjalankan tugas dan memproses segala bentuk bahan secara betul yang masuk ke dalam badan termasuklah air dan makanan.
CUACA PANAS

Cuaca panas sejak akhirakhir ini adakalanya membuatkan kite mudah jatuh sakit sekiranya tidak menjaga kesihatan sebaik2nya.Ikuti sedikit perkongsian untuk rujukan kite semua.
Gejala panas melampau adalah:-
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah otot-otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
- Keadaan yang terlalu teruk boleh mneyebabkan dehidrasi ( kekeringan ), kekeliruan dan tidak sedarkan diri atau koma.
- Minum air berkualiti dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Hadkan aktiviti luar.
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.
- Pakai pakaian yang longgat dan nipis.
- Pakai topi atau payung.
Tuesday, 24 February 2015
KESAN KURANG AIR

1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang
dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.
4. Tekanan darah menurun.
5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.
6. Lesu pada waktu siang.
7. Sakit belakang.
8. Dehidrasi. Tubuh akan mengalami dehidrasi.
Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
9. Sakit kepala.
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.
14. Meningkatkan keinginan untuk makan.
15. Darah menjadi lebih pekat .
16. Mudah keliru.
17. Degupan jantung semakin meningkat.
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
19. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
20. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.
21. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 22. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
23. Kulit menjadi kusam. Ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
Monday, 23 February 2015
TAHAP AKTIVITI FIZIKAL
Tidak Aktif | Sederhana Aktif | Sangat Aktif |
---|---|---|
75% daripada masa duduk atau berdiri | 40% daripada masa duduk atau berdiri | 25% daripada masa duduk atau berdiri |
25% daripada masa berdiri dan buat pekerjaan ringan | 60% daripada masa melakukan pekerjaan sederhana | 75% daripada masa berdiri dan buat pekerjaan berat |
Contoh :
|
Contoh :
|
Contoh :
|
Friday, 20 February 2015
DIET UNTUK DARAH TINGGI
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah:
●Garam / natrium
●Berat badan
■Garam / Natrium
♡Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.
♡Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari)
♢Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza.
■Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur
DAUN HERBA UNTUK DIABETIS
Contoh herba yang sering digunakan untuk rawatan Diabetes Mellitus (DM)
1.Misai kucing
Misai kucing (Orthosiphon stamineus) merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan yang seringkali ditemui di taman-taman tempatan kerana kecantikannya.
Misai kucing kini begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu kerana ia digunakan secara meluas dalam bidang perubatan termasuklah rawatan batu karang, gout dan darah tinggi dan diabetes. Eksperimen dengan menggunakan keseluruhan ekstrak misai kucing pada tikus makmal didapati dapat mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah kerana tindakannya yang menggalakkan perembesan insulin oleh kalenjar pankreas. Apabila paras insulin meningkat, maka secara tidak langsung paras gula dalam darah akan menurun.
Selain daripada penurunan gula, kajian makmal turut menunjukkan ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam pesakit diabetes, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung).
Cara pengambilannya adalah dalam bentuk air rebusan atau teh. Kebiasaannya bahagian yang digunakan adalah daunnya. Manakala bahagian lain pokoknya pula digunakan untuk tujuan rawatan bagi penyakit lain.
Setakat ini kajian–kajian yang dijalankan mendapati bahawa misai kucing tidak memberi kesan sampingan terhadap hati dan buah pinggang selepas administrasi. Namun, kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya jika diambil dalam jangka masa yang panjang.
2. Daun Gymnema Sylvestre
Tumbuhan gurmar (Gymnema sylvestre) berasal dari hutan dan padang rumput di bahagian selatan India. Daunnya sudah digunakan berabad lamanya untuk mengawal diabetes dan kini ekstrak daunnya telah menjalani banyak kajian makmal yang menunjukkan kesan positif terhadap penurunan paras gula dalam darah.
Dalam bahasa Hindi, perkataan ‘gurmar’ membawa maksud ‘pemusnah gula’ kerana tindakannya yang menghalang rasa manis dalam makanan dan mengurangkan selera makan. Kesan ini bertahan selama 1-2 jam selepas pengambilan.
Selain itu, ia juga didapati mampu menggalakkan perembesan insulin dari kalenjar pankreas serta menghalang penyerapan gula di usus.
Kini, ia sedang giat dikaji oleh saintis dan pengamal Ayurveda dan dihasilkan dalam bentuk tablet sebagai alternatif bagi rawatan diabetes.
Dos yang disyorkan ialah 200-250mg 2 kali sehari.
3. Halba
Halba atau Trigonella foenum graecum merupakan sejenis tanaman herba yang sangat meluas penggunaannya dalam bidang perubatan sehinggalah ke bidang masakan. India merupakan pengeluar halba terbesar dunia di samping Mesir, Turki, Sepanyol dan China.
Kegunaan halba dalam mengawal diabetes ini telah dikaji terhadap tikus makmal dan juga manusia. Dalam salah satu kajiannya, didapati bahawa seramai 60 orang pesakit yang mengambil halba 25g sehari menunjukkan penurunan paras gula yang signifikan dan ia mampu menghalang kenaikan paras gula selepas makan.
Ia didapati mengandungi asid amino yang menggalakkan perembesan insulin dan meningkatkan sensitiviti insulin.
Dos yang disyorkan ialah 5-30g tiga kali sehari atau 15-90g sekali sehari.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pengubatan-alternatif-a-komplementari-bagi-diabetes-mellitus
Thursday, 19 February 2015
BAHAYA MAKANAN
Assalamualaikum wbt
Kalau tengok nenek moyang kite mereka jarang-jarang ditimpa penyakit.Malah mereka kelihatan lebih sihat dan kuat walaupun sudah lanjut usia.
Apa rahsia mereka yea..sehingga boleh mengekalkan kesihatan?
Jawapannya:Mereka tidak terdedah dengan makanan yang tidak sihat.Malah mereka makan makanan yang segar dan sihat.Disamping itu,mereka mncari rezeki dengan menggunakan tulang 4 kerat.Nah!itulah sebab mereka kuat.
Tapi..tidak di masa kini..
Muda2 lagi sudah mudah jatuh sakit
Berpenyakit macam macam
Mudah rasa lemah badan...
Dan banyak lagi.
Bertindaklah sekarang..demi kesihatan jangka panjang
Wednesday, 18 February 2015
CARA BERSIHKAN USUS
1.Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).
2.Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
●Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.
●Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.
3.Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari)
Tuesday, 17 February 2015
MENU TANPA GULA
Berat Badan Berkurangan
- Dalam satu bulan anda pasti akan merasakan kehilangan berat badan beberapa kilogram. Ia turut berkaitrapat dengan makanan lain yang anda makan.
- Anda akan merasakan lonjakan energy dua kali lebih besar jika berhenti mengambil gula. Anda juga akan jadi lebih berenergi ketika bersenam ataupun bersukan.
- Tanpa anda sedari, kulit anda akan jadi lebih halus, lembut dan kelihatan lebih muda.
- Kelebihan gas atau masalah perut kembung akan berkurangan.
ELAKKAN DARI MAKANAN INI
- Minuman soda
- Seperti yang kita tahu, minuman bergas mempunyai kandungan gula yang tinggi dan kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman berkarbonat ini sangat mudah menghadapi masalah kenaikan badan yang mendadak sejurus mendapat diabetis dengan lebih mudah. Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan jus buah-buahan jika anda memerlukan gula
- Roti,kek dan sewaktu dengannya
- Makanan segera
- Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
- Makanan dalam tin
- Makanan bergoreng
- Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng dengan menggunakan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
Monday, 16 February 2015
CARA TINGKATKAN METABOLISME BADAN
Disini suka saya kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk meningkatkan metabolisme badan.Metabolisme adalah berbeza bagi setiap individu.Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah umur,jantina,genetik,bentuk badan dan usia.
Maksud metabolisme
- Kadar badan membakar lemak
1.Minum air kosong sekurang-kuranya 8 gelas sehari
2.Tidur yang berkualiti
3.Minum teh hijau

5.Amalkan sayur serta buah-buahan
6.Lebihkan serat dalam diet
7.Jangan terlampau stress!tapi selang seli kan dengan gurau senda


KENAPA BERAT BADAN SUKAR TURUN?
Jika ini terjadi kepada anda..?
Apakah anda menyalahkan produk yang anda ambil?
atau anda hanya pasrah...?
Mari semak kenapa saya sukar turun berat badan..padahal sy dah ambil produk langsing paling mahal !~
1.Kurang pengambilan air






Sunday, 15 February 2015
TANDA ANDA DARAH TINGGI

- Sering rasa sakit kepala, terutamanya ketika bangun dari tidur
- Rasa berdengung pada telinga.
- Kerap rasa pening.
- Gangguan pada penglihatan.
PUNCA DAN KESAN DARAH TINGGI
- Banyak sangat makan garam dlm masakan terutamanya
- Gemar makan otak dan buah pinggang haiwan
- Banyak makan makanan yang tinggi MSG
- Boleh juga dikatakan stress yang terlampau
- Antaranya termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.
- Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.
- Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
- Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.
- Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.
- Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.
- Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.
- Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.
- Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.
- Serangan jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.
- Kegagalan jantung kongestif .Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.
Friday, 13 February 2015
KATAKAN TIDAK PADA DIABETIS!

Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku
keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.
2.Halba
Halba telah dikaji yang hasilnya menunjukkan menurunkan paras gula darah sebanyak 46% pada pesakit kencing manis. Mekanisma yang belaku ialah: 1- melambatkan proses penyerapan karbohidrat 2- melambatkan pengangkutan gukosa 3- melambatkan perut terasa kosong

3.Brokoli

Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah
Thursday, 12 February 2015
CARA SINGKIR TOKSIN SECARA SEMULAJADI

- Makan makanan yang kaya dengan fiber
- Cuci dan jaga hati melalui minum teh hijau
- Ambil Vitamin C
- Minum sekurang kurangnya 8 gelas air putih sehari
- Hot shower 5 minit
- Sauna
- Exercise
KENAPA MUDAH LETIH
1. Tidak cukup tidur
Umumnya orang dewasa harus tidur selama tujuh atau lapan jam sehari. Jika ia kurang,maka ia akan mengakibatkan anda di siang hari mudah lelah dan tidak bersemangat. Cuba hitung berapa jam anda tidur selama sehari?
2. Gangguan Tidur
Gangguan ini berpunca daripada kesulitan bernafas yang berlaku secara kerap.Anda mungkin saja tidak menyedari hal ini. Gangguan tidur ini disebut juga dengan Sleep apnea, akibatnya,oksigen akan berulang kali terhenti sepanjang malam.
3. Dehidrasi
Tubuh mudah letih mungkin saja disebabkan oleh dehidrasi. Walaupun anda bekerja di depan komputer tetap saja berlaku dehidrasi, oleh sebab itu minumlah air yang cukup. Karena tubuh tetap memerlukan air walaupun anda hanya duduk ketika bekerja
4. Kurangnya Oksigen
Kurangnya oksigen ke dalam otak sangat menjadi penyebab anda mudah merasa lelah.Solusinya adalah tetaplah jaga kadar pernafasan anda agar oksigen bisa masuk ke dalam otak.Dengan cara beristirehatlah sejenak, tenangkan fikiran dan ambil nafas dalam-dalam supaya kuantiti oksigen masuk ke otak lancar.
5. Tekanan
Tekanan hidup yang begitu bisa mengganggu setiap aktiviti anda dan boleh membuat tubuh mudah sekali letih. Caranya adalah nikmatilah hidup, jangan pernah menyesali masa lalu serta mensyukuri apa yang anda lakukan saat ini.
6. Kafein Berlebihan
Kafein yang terlalu banyak menimbulkan beberapa masalah-masalah tubuh dan peningkatan denyutan jantung, tekanan darah, dan kejang-kejang. Kafein berlebihan juga dapat meningkatkan kelenjar adrenalin dan pada akhirnya menimbulkan rasa letih dan gelisah.

Wednesday, 11 February 2015
KEBAIKAN SARAPAN
Kebaikan Sarapan Pagi Yang Perlu Anda Amalkan
□Bantu mengurangkan berat badan
□Meningkatkan kuasa otak:
□Tingkatkan mood anda:
□Meningkatkan tenaga:
□Mengurangkan risiko penyakit
Keburukkan Skip Sarapan Pagi Yang Perlu Anda Tinggalkan
● Tidak membantu menurunkan berat badan
● Menurunkan kadar metabolisme badan
● Meningkatkan berat badan
● Tidak bertenaga
● Anda tidak akan cantik dan kacak
Sumber:www.profhariz.com
SARAPAN PAGI YANG SIHAT
1. Minum Teh
Teh mengandungi zat jenis antioksidan iaitu ‘flavonoid’. Ia bagus untuk kecantikan kulit serta berguna untuk memperkuatkan daya ketahanan tubuh dan anti peradangan. Teh hitam atau merah mengandungi L-theanine, iaitu zat yang berguna untuk mengaktifkan otak, sehingga akan membuatkan kita lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Jadi, jangan lupa untuk memilih teh sebagai minuman sampingan untuk dimakan bersama roti atau bubur gandum. Tapi usah minum teh sahaja sebagai pengganti sarapan, sebab ia tidak mencukupi kerana kalorinya sangat sedikit, sehingga tidak memberikan energi yang mencukupi untuk anda beraktiviti.
2. Pisang
Pisang kaya dengan serat, vitamin C dan ‘pottassium’. Kombinasi ketiga-tiga nutrient yang terdapat pada pisang akan membantu mengawal tekanan darah, sehingga emosi kita menjadi lebih stabil dalam menghadapi hari. Selain itu, pisang juga akan menyumbangkan energi dan rasa kenyang yang lebih lama.
Monday, 9 February 2015
MANFAAT MANDI PANAS
Apa saja manfaatnya?
Menyehatkan Jantung
Penelitian di Jepang menunjukkan bahwa berendam air hangat selama 10 minit dapat melancarkan sirkulasi darah sehingga menyehatkan jantung. Selain itu, peredaran darah yang lancar juga dapat mencegah masuk angin. Berendam air hangat untuk menjaga kesehatan jantung ini bisa dilakukan baik pria atau wanita. Sebaiknya bilas dengan air dingin setelah selesai berendam.
Mengendurkan Otot
Berendam air hangat dengan temperatur 37 °C dapat mengendurkan otot setelah seharian bekerja. Anda juga bisa mengarahkan shower air hangat ke bagian yang pegal-pegal sebagai pengganti pijatan lembut.
Menghilangkan stres
Mungkin Anda merasa begitu banyak beban menumpuk sehingga membuat stres. Saat emosi sudah tak terkontrol lagi cobalah berendam air hangat dengat temperatur 37-380C. Anda bisa menambahkan aroma parfum yang Anda sukai, meredupkan penerangan dan menyalakan lilin, serta mendengarkan musik klasik untuk membuat diri semakin rileks. Sebaiknya jangan bilas dengan air dingin jika tujuan mandi air hangat untuk menghilangkan stres atau insomnia.
Menyembuhkan insomnia
Insomnia bisa diakibatkan oleh stress atau ketegangan otot. Berendam air hangat dapat mengusir penyebab insomnia tersebut sehingga membuat tidur Anda semakin pulas.
Menstabilkan suhu tubuh
Tidak seperti air dingin yang dapat menurunkan suhu tubuh, mandi air hangat cenderung membuat suhu tubuh kita stabil. Hal ini disebabkan air hangat dapat melebarkan pembuluh darah. Oleh karena itu, mandi air hangat sangat disarankan bagi Anda yang sedang demam.
Membersihkan kulit
Berendam di air hangat akan membuat pori-pori kita melebar sehingga kotoran yang menempel pada kulit mudah untuk dibersihkan. Untuk mendapatkan hasil maksimal, sebaiknya tambahkan sedikit sabun pada air dan gosok kulit perlahan.
Membuang zat toksik dalam tubuh
Setelah pori-pori membuka, maka zat toksik dalam tubuh kita dapat dikeluarkan. Hal ini sangat membantu menjaga kesehatan tubuh. Gunakan air hangat dengan temperatur 32-350C untuk terapi ini.
Menyembuhkan Eskema
Penyakit kulit seperti ruam, eskema, gatal-gatal dapat disembuhkan dengan berendam air hangat ruam-ruam kuku yang ditambah baking soda (natrium bikarbonat) sebagai antiseptik. Untuk tujuan menghilangkan penyakit kulit, sebaiknya terapi dilakukan secara rutin selama 10-20 menit. Alternatif lain yang terbukti ampuh adalah mandi air hangat yang mengandung belerang. Jika Anda menjalani terapi air belerang sebaiknya jangan dilakukan bersama-sama dengan penderita lain dalam satu kolam agar tidak tertular penyakit kulit dari penderita lain.
Menurunkan gula darah
Penelitian dari New England Journal of Medicine menyatakan bahwa berendam dalam air hangat selama setengah jam dapat menurunkan gula darah hingga 13%.
Menyembuhkan flu dan sakit kepala
Jika Anda sering terserang flu atau sakit kepala, cobalah merendam kaki Anda di air hangat yang telah ditambahkan lavender, papermint, atau lemon. Lakukan selama 10-20 menit secara teratur. Kaki termasuk bagian tubuh yang mudah kedinginan, jadi cara tersebut membantu menjaga suhu tubuh Anda.

Menjaga kesehatan usus
Mandi air hangat dapat membantu menjaga usus besar agar tetap bekerja dengan baik.
Meredam Infeksi
Berendam air hangat yang ditambah cuka selama 10-20 menit dapat meredam infeksi yeast seperti sariawan. Cara ini juga bermanfaat untuk menghilangkan racun dan menjaga ph tubuh.
Mereda batuk

Sering batuk atau batuk Anda susah sembuh? Cobalah berendam air hangat! Uap air panas yang Anda hirup dapat membantu menghilangkan penyebab batuk.
Ternyata banyak sekali manfaat mandi air hangat yang bisa kita peroleh. Anda bisa melakukan terapi air hangat dirumah tanpa mengeluarkan banyak biaya. Namun, sebaiknya jangan mandi menggunakan air hangat ketika Anda akan berangkat bekerja atau sekolah karena akan menurunkan semangat dan gairah. Semoga bermanfaat.
sumber
CARA KAWAL NAFSU MAKAN

1. Minum air putih dengan lebih banyak
Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.
Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.
2. Bersenam
Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!
3. Jangan lambat bersarapan!
Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting. Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya, anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.
4. Pengambilan protein ketika sarapan
Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.
5. Pengambilan teh
Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.
6. Makan dengan teratur
Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.
10 TANDA ANDA KENCING MANIS


Thursday, 5 February 2015
CARA KEMPISKAN PERUT

2.Makan secara perlahan-lahan.
3.Ambil makanan yang tinggi serat

4.Makan lah dengan penuh tertib dan duduk

5.Rajinkan berjalan

LEMAK UNTUK KESIHATAN
IA berperanan untuk melindungi organ dan sebagai lapisan penebal di bawah kulit untuk mengekalkan suhu badan dalam keadaan normal.Di samping itu,ia juga sebagai sumber tenaga sebagaimana karbohidrat.
PROSES LEMAK DALAM BADAN.

5 TEMPAT LEMAK DALAM BADAN

